Baru-baru ini Menteri Pelancongan, Dato Seri Nazri Aziz telah membuat lawatan dan merangka satu kerjasama bersama Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Ehsanuddin Narrashid selama dua hari ke kawasan Sedili Besar, Daerah Kota Tinggi, Johor. Kota Tinggi sebenarnya mempunyai banyak lokasi-lokasi yang berpotensi dijadikan tempat perlancongan.
Usaha ini sokongan di peringkat pusat dan setempat adalah amat diperlukan bagi merealisasikan usaha ini. Dengan kerjasama begini barulah kita dapat menentukan bentuk bantuan yang sesuai dan kena pada tempatnya. Tidaklah kita sibuk mengusahakan sesuatu yang sia-sia atau syok sendiri.
Setakat ini, beberapa lokasi telah dikenalpasti untuk dibangunkan dan dipromosikan di Kota Tinggi. Antaranya seperti Wetland Belukar Durian, Muzium Johor Lama, Lotus Desaru Beach Resort, Desaru Damai Beach Resort, Desaru Fruit Farm, Ladang Burung Unta dan lain-lain. Selain itu, pelancong juga boleh menjamu selera di Restoran Terapung Bujang FireFly di Pekan Penawar tidak jauh dari bandar Kota Tinggi.
Dengan kepelbagaian destinasi pelancongan ini, dijangka mampu menjanan ekonomi sekitar Kota Tinggi. Limpahan peluang pendapatan tidak lagi tertumpu di kawasan air terjun. Tetapi dinilai berpotensi sekaligus merubah corak perniagaan tempat yang akan dibangunkan nanti.
No comments:
Post a Comment