Monday, March 23, 2015
DAP Dah Terkantoi Surat Sokong Hudud! Nak Tagih Sokongan BN Pula!
Satu demi satu cubaan DAP tidak menjadi untuk mengagalkan cubaan PAS melaksanakan Hudud di Kelantan. Dari awal lagi puak DAP telah menyuarakan pelbagai ugutan dan tentangan terhadap PAS supaya membatalkan hasrat tersebut.
Semuanya serba tak kena bagi DAP. Mereka terus menerus menekan PAS dan berkata ini tiada dalam persefahaman bersama dalam pakatan. Tapi akhirnya terkantoi apabila pemimpin mereka sendiri, Lim Guan Eng telah tandatangan surat persefahaman bersama antara DAP dan PAS.
Bila surat sudah terdedah, kelam-kabutlah DAP mencari alasan untuk melepaskan diri. Lim Kit Siang pula terpaksa tampil mencuci taik anaknya dengan tidak henti-henti berkempen menghalang usaha PAS ini. Nak harapkan sokongan PKR dan PASMA. Mereka tahu tak cukup!
Tidak semena-mena mereka cuba hendak membentuk gabungan bersama Barisan Nasional dengan menubuhkan "Persekutuan Baru"?? Ternyata ini semua hanya diversion bagi menutup kelemahan partinya yang jelas telah banyak menipu orang Cina.
Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai sudah masak dengan permainan Kit Siang dalam mengalih tumpuan rakyat dari isu hudud yang baru diluluskan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan. Beliau juga cuba alihkan perhatian kaum cina dari surat perjanjian yang telah ditandatangani oleh anaknya sendiri yang secara tidak langsung bersetuju untuk tidak menghalang PAS meneruskan matlamat mereka.
“Beliau sebenarnya cuba alihkan perhatian terhadap kegagalannya menghalang PAS…dia main politik dalam isu hudud,” kata Tiong Lai ketika ditermuramah di lobi Parlimen.
Jadi tak perlulah DAP hendak berdalih lagi dari kepincangan yang melanda dalam pakatan pembangkang sekarang ini. Semuanya adalah atas kesilapan sendiri. Dah tandatangan perjanjian tapi tidak kotakan. Surat tersebut menunjukkan bahawa Kit Siang sudah tahu matlamat PAS.
"Kit Siang tahu sejak awal bahawa PAS akan laksanakan hudud tetapi sekarang jelaslah bahawa dia gagal halang, sebab itu dia cuba main politik dengan isu hudud" jelas Tiong Lai
Adakah Lim Guan Eng pandai-pandai tandatangan tanpa persetujuan dalaman DAP? Apa jua alasan, parti anak beranak ini terang-terang telah menipu ahli-ahli DAP dan orang cina umumnya.
“Kita mahu rakyat tahu bahawa Kit Siang perlu bertanggungjawab dengan apa yang berlaku,” tambah Tiong Lai lagi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment