Thursday, August 14, 2014
TPM & MB Johor Turun Kota Tinggi 16 Ogos!
Seluruh warga Johor terutamanya penduduk Kota Tinggi dan sekitarnya janganlah melepaskan peluang untuk menghadiri program Muafakat Raya bertempat di Padang Bukit Kerajaan pada pukul 3 petang 16 Ogos ini. Tak lama 2 hari jer lagi ni!
Jadi warga Kota Tinggi yang bekerja di luar, bolehlah merancang masa untuk menjadi sebahagian daripada tetamu hari Sabtu nanti. Antara pemimpin rakyat yang hadir adalah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Bukan selalu rakyat Malaysia khususnya Johor dapat berjumpa dan beramah mesra dengan dua pemimpin besar ni. Jadi jangan teragak-agak untuk hadir pada hari yang dikira bersejarah ini.
Di waktu malamnya pula akan berlangsung program Dakapan Gaza, MH370 dan MH17 pada pukul 8 malam di lokasi yang sama. Tabung Gaza akan turut dilancarkan di mana, Yayasan Mesra yang dipengerusikan oleh Datuk Ehsanuddin Harunnarashid akan menyumbang RM10ribu.
Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Mesra, Fazli Buyong berkata, pihak penganjur majlis Muafakat Raya akan menyediakan lebih 20 buah gerai makanan dan minuman bermula jam 4 petang sehinggalah 10 malam.
Pihak Yayasan Mesra mensasarkan kutipan sebanyak RM30,000 untuk Tabung Gaza pada malam tersebut. Pelbagai aturcara menarik diadakan seperti bacaan syair, sajak dan persembahan artis. Kami difahamkan bahawa Datuk Ehsanuddin yang juga merupakan Ahli Parlimen Kota Tinggi akan ke pentas mendeklamasikan sajak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment