Thursday, August 7, 2014

Bas Kilang Seronok Dapat Bayar Saman!


Ekoran kejadian ooerator bas kilang mogok di Kompleks Kastam, Imegresen dan Kuarantin di Tambak Johor ini telah menyusahkan kehidupan harian warga Johor yang berulang alik kerja di Singapura. Disebabkan mogok tersebut, mereka terperangkap selama 5 jam dalam kesesakan luar biasa di laluan terbabit.

Operator bas mogok kerana tidak berpuas hati dengan kadar tol kelas 5 meningkat kepada RM13.40 sehari. Walhal kadar tersebut tidak harus dikira sebagai faktor membebankan jika dibanding dengan kadar permit VEP yang dikenakan oleh Singapura iaitu RM90 hingga RM102 sehari!

Untuk lebih lanjut mengenainya bolehlah baca di artikel DI SINI!

Pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan Polis memaklumkan akan mengambil tindakan sewajarnya ke atas operator bas samseng ini mengikut peruntukan undang-undang yang ada. 

Pihak SPAD boleh mengambil tindakan tegas ke atas pemandu yang terlibat di bawah Seksyen 22 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 penalti tidak kurang RM100,000 dan maksimum RM500,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya jika didapati bersalah.

Manakala Polis pula memberitahu, kesemua pemandu yang terlibat akan disiasat dibawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Akta Perhimpunan Aman 2012. Difahamkan 100 saman telah pun dikeluarkan kepada para pemandu bas kerana menghalang lalu lintas.

Inilah akibatnya buat benda tanpa memikirkan kesannya. Berdemo tak nak bayar RM13.40, tapi dapat pula saman dan denda sehingga RM500,000 jika didapati bersalah. Bila dah kena macam ni, mula pula pusing kata kerajaan zalim menganiaya pemandu bas.

Tetapi bagaimana pula sikap pemandu bas yang menganiaya penumpang bas dan juga beribu-ribu pengguna laluan Tambak Johor terbabit. Masa buat memang syok, sebab rasa diri hero. Tapi bila dah terkantoi begini, gigit jari sampai putus pun tak guna.

No comments:

Post a Comment