Wednesday, August 6, 2014

Yayasan Mesra Menzahirkan Insan Holistik


Kita sedia maklum dengan kehadiran pelbagai institusi yayasan di negara ini. Umumnya institusi-institusi yayasan ini hadir sebagai pengimbang sistem kemasyarakatan dengan menghulurkan bantuan kemanusiaan dan sumbangan untuk meringankan beban kepada yang kurang bernasib baik.

Namun ada kelainan pada Yayasan Mesra yang dipengerusikan oleh Datuk Noor Ehsanuddin Bin Mohd Harun Narrashid. Bukan sekadar menghulurkan bantuan, bukan sekadar memberi sumbangan. Portfolio Yayasan Mesra ini tidak terhenti di situ. Kerana setiap aktiviti amal yang direncanakan oleh Yayasan Mesra akan turut diterapkan nilai keilmuan dan kerohanian.

Pengerusi Yayasan Mesra: Datuk Noor Ehsanuddin
Perkara ini ditunjukkan dalam semua program-program Yayasan dan yang terbaru adalah pada bulan Ramadhan lepas iaitu:
1. Ziarah Mesra: Jalinan Murni
2. Mesra Ramadhan: Memakmurkan Surau
3. Mesra Sahur Besrama Anak-anak Yatim
4. Mesra Aidilfitri

Jangan dinilai pada tajuk programnya, apa yang penting adalah intipati program tersebut yang bertepatan dengan visi yayasan iaitu meningkatkan sosio ekonomi, pendidikan, insaniah dan sahsiah masyarakat. 


Program Ziarah Mesra
Apa yang diadaptasi oleh yayasan ini adalah ingin membentuk konsep kemasyarakatan secara holistik. Tidak hanya jatuh pada aspek material semata-mata. Tetapi turut ke arah membangunkan potensi intelektual, fizikal, jati diri dan spiritual insan dalam masyarakat keseluruhan.

Segala usaha yang dilakukan oleh yayasan sejak penubuhan pada 13 November 2013 mengingatkan perisik pada ungkapan "Jangan hanya diberi ikan, ajarlah juga cara untuk menangkap ikan". Ungkapan ini memberi makna yang tersirat dan tersurat kena pada objektif yang ingin dicapai yayasan.

Kerana kalau boleh kita tidak mahu lagi sebuah badan stereotaip sekadar memberi sumbangan dan kemudian selesai. Kerana sumbangan diberikan dikhuatiri hanya dapat membantu individu atau kumpulan pada tempoh yang singkat sahaja. 


Datuk Noor Ehsanuddin dan Datin Zubaidah
di program "Mesra Ramadhan: Memakmurkan Surau"
Maka jika diperhatikan beberapa program yayasan pasti akan dilibatkan aturcara seperti memberi kursus, motivasi, membina rangkaian bersama agensi kerajaan dan melatih komuniti dalam hal ehwal urus tadbir. 

Oleh yang demikian Individu atau kumpulan yang terlibat dalam program yayasan ini diharap tidak hanya meninggalkan kesan statik di sudut sumbangan sahaja. Tetapi memanfaatkanlah ilmu yang diperolehi dari program-program dilaksanakan oleh yayasan untuk perbaiki diri dan masyarakat untuk lebih berdikari.

Untuk mendapat maklumat lebih lanjut mengenai Yayasan Mesra. Pembaca bolehlah berkunjung ke laman web http://yayasanmesra.org atau menghubungi yayasan di alamat berikut:

Yayasan Mesra
C1-1-6, 8C1, Ayer@8,
Presint 8, 62250 Putrajaya,
Wilayah Persekutuan Putrajaya.

No Tel: 03 8893 5311


No comments:

Post a Comment