Sunday, August 17, 2014

30,000 Serbu Muafakat Raya Kota Tinggi!

Majlis Muafakat Raya yang berlangsung secara sederhana pada 16 Ogos semalam telah berjaya mencapai objektifnya bagi mengeratkan silaturrahim sesama rakyat khususnya penduduk Kota Tinggi. Disamping itu Majlis Dakapan MH370,MH17 dan Gaza turut diadakan bagi memperingati mangsa yang hilang dan terkorban dalam trio tragedi tersebut.

Jumlah pengunjung yang tiba pula melangkaui jangkaan iaitu melebih 30ribu pengunjung. Orang ramai rupanya telah pun mula berpusu-pusu ke majlis terbabit seawal jam 12 tengahari. Lokasi majlis menjadi semakin padat menjelang jam 4 petang iaitu waktu ketibaan TPM, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Besar, Datuk Mohamed Khaled Nordin.

Kota Tinggi yang kebiasaannya lengang pada waktu hujung minggu terus berubah sibuk kerana majlis bukan sahaja dihadiri oleh warga tempatan malah ada juga yang datang dari jauh seperti Kluang, Johor Bahru, dan lain-lain.



Pada waktu siang, majlis tersebut turut diserikan dengan kehadiran tokoh-tokoh besar seperti Tan Sri Mohd Aziz, Speaker DUN, Halimah Sadique, Ahli Parlimen Tenggara dan barisan-barisan pemimpin bahagian dan negeri lain. Tidak lupa tetamu khas iaitu anak-anak yatim yang tidak sabar-sabar menanti sampainya sampul duit raya ke tangan. Hehe.



Sebanyak 36 buah gerai dengan beraneka juadah sup, ayam golek, nasi briyani, cendol, putu bambu, sate, aiskrim dan bermacam-macam lagi. Melihat kepada jumlah gerai dan juadah yang tersedia, tak hairanlah Padang Bukit Kerajaan tempat majlis berlangsung sentiasa penuh hingga ke malam.. 



Pada waktu malam pula, aturcara lebih tertumpu kepada memperingati insiden-insiden yang memberi kesan ke sanubari rakyat Malaysia iaitu MH370,  MH17 dan Gaza. Beberapa buah sajak telah disampaikan oleh beberapa peserta yang rata-ratanya menyentuh tentang isu Palestin. 





Menariknya Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Ehsanuddin Harun Narrashid turut tampil mendeklamasikan sebuah sajak bertajuk Mendung Di Palestin. 



Kemuncaknya adalah pengumuman pemenang gerai hiasan terbaik dan pengumuman jumlah sumbangan yang berjaya dikumpulkan sehingga malam itu. Difahamkan lebih RM60,000 telah berjaya dikumpulkan dan kesemua hasil kutipan diserahkan kepada wakil Media Prima oleh Yayasan Mesra yang di pengerusikanlah oleh Datuk Ehsan sendiri dengan dibantu oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Fazli Bin Buyong.


Datuk Ehsanuddin dan Fazli Buyong

Perisik ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi perhargaan kepada warga Yayasan Mesra yang telah bertungkus lumus, bersengkang mata mengelolakan majlis dengan sukses. 

Berikut adalah gambar-gambar sekitar Majlis:












Datuk Ehsanuddin dan Datin Zubaidah menyampaikan sumbangan duit raya kepada kanak kanak yang hadir









No comments:

Post a Comment