Thursday, August 25, 2011

Peneroka cakap pasal Mazlan Aliman, ANAK dan masalah dadah di FELDA

Dalam sibuk orang sibuk jaja cerita-cerita negatif mengenai Felda, daripada kita dengar cerita orang yang tak ada kena mengenai, apa kata kita dengar sendiri daripada peneroka sendiri? Sila tonton video ini.



Tak habis lagi. Dengar lagi celoteh Pak Othman...


Wednesday, August 3, 2011

Peneroka Raya Sakan!

Nampaknya peneroka FELDA di seluruh negara akan beraya sakan tahun ini! Tuah datang bergolek! Kelmarin, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak umumkan semua 112,635 peneroka akan menerima wang Hari Raya membabitkan peruntukan berjumlah RM42.6juta.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri itu, seramai 100,357 peneroka atau 89.1 peratus yang bersama FELDA akan menerima RM400 seorang dan ini melibatkan peruntukan berjumlah RM40.14 juta.

Sementara 12,278  atau 10.9 peratus peneroka yang tidak bersama FELDA menerima RM200 tiap seorang melibatkan peruntukan berjumlah RM2.46 juta. Bayaran tahun ini meningkat RM5.41 juta atau 14.54 peratus berbanding bayaran tahun 2010 iaitu RM37.20 juta.

Tahun lalu peneroka yang bersama FELDA atau yang menjual hasil kepada FELDA menerima RM350 seorang manakala yang tidak bersama FELDA dapat RM150 seorang.

Minggu lalu Perdana Menteri telah meluluskan peruntukan RM15.7 juta untuk warga FELDA menjalankan program kerohanian, kemasyarakatan dan pendidikan agama di seluruh rancangan FELDA.

Daripada jumlah itu, RM12.3 juta diperuntukkan kepada 246 sekolah agama di seluruh rancangan FELDA untuk menambah baik infrastruktur sekolah seperti bangunan,bilik darjah, bilik air, peralatan sekolah dan sebagainya. Ini bermakna setiap sekolah masing-masing akan menerima RM50,000.

Menerusi peruntukan itu, RM2.6 juta adalah untuk 246 masjid di seluruh rancangan FELDA. Ini bermakna setiap masjid akan menerima RM10,000 untuk mengadakan program Ihya’Ramadhan, tadarus, majlis khatam Al-Quran, bayaran sagu hati kepada pengerusi masjid, imam, bilal dan siak serta 50 naskah Al-Quran.

Tak cukup dengan itu, 54 kawasan parlimen FELDA yang melibatkan wakil rakyat kerajaan  juga mendapat peruntukan RM540,000 untuk mengadakan program Ihya Ramadhan. Manakala RM330,000 lagi diperuntukkan untuk program kerohanian dan kemasyarakatan seperti sambutan Hari Raya Aidilfitri, gotong royong dan majlis meraikan bakal-bakal haji warga FELDA di setiap Wilayah.

Bulan lalu peneroka yang menjadi ahli Koperasi Permodalan Felda (KPF) baru dapat dividen. Hai! Bertuahnya jadi warga FELDA!