Habislah BN! Surat Y. Al-Qardawi memang terang-terangan sokong Anwar jadi pemimpin seterusnya Perdana Menteri yang baharu. Wowww! Itu kata cybertrooper tiga suku pembangkanglah. Bila di suruh je mainkan hal surat ni, main hentam jer dikeluarkan tanpa memikirkan sejauh mana kebenarannya.
Sekali pandang memang ramai akan terpedaya dan mempercayai bahawa ini adalah surat Y. Al-Qardawi! Hakikatnya ia penipuan jahat pembangkang yang cuba mengelirukan rakyat dan para penyokong tegar mereka. Bersilat Anwar nak mempertahankan kesucian dirinya. Hahaha
Kerana surat itu bukan dari Ketua Ittihad Ulama Dunia, Sheikh Dr Yusuf Al Qardawi. Tapi ia adalah dari anak Ulama tersohor tersebut yang tertera jelas dalam surat tersebut dengan nama Muhamed Y. Al Qardawi.
Muhamed Y. Al-Qardawi hanyalah, Penolong Profesor Jabatan Mekanikal dan Industri Kolej Kejuruteraan Universiti Qatar! Ulama Robotik? Ulama Roket? Ulama apa yang pemimpin pembangkang cuba tampilkan?
Dari sudut para cendekiawan Islam, adakah perakuan Ulama Dr Yusuf Al Qardawi dengan anaknya Muhamed berdasarkan dari tahap capaian pemikiran akal yang sama. Dari kelayakan dan latar belakang sahaja sudah jelas jauh berbeza.
Dari kalangan para ulama di Malaysia, juga meragui akan kesahihan surat yang cuba dicanangkan oleh Anwar. Kerana segala tindak tanduk dan reaksi Anwar dalam isu-isu berbangkit jauh tersasar dari landasan Islam.
Isu LIWAT - Saiful Bukhari telah melakukan sumpah laknat mengesahkan Anwar meliwat dirinya. Bagi umat Islam perkara ini tidak boleh di pandang remeh atau sebelah mata. Lebih-lebih lagi sumpah laknat yang dilakukan oleh Saiful itu adalah di dalam Masjidil Haram betul-betul di hadapan Kaabah!
Isu Pelacur Chinadoll - Datuk Eskay juga telah bersumpah laknat di dalam masjid mengatakan Anwar adalah pelaku aksi di dalam video bersama pelacur china. Sekali lagi, sebagai umat Islam adakah sumpah laknat ini boleh di buat main-main.
Dikuatkan lagi dengan kajian pakar forensik "image processing" dari Amerika dan Korea yang mengesahkan bahawa orang di dalam video tersebut 99.9% adalah Anwar Ibrahim.Ini baru dua isu. Jangan kita lupa reaksi Anwar mempertahankan Israel. Membisu dan membiarkan isu Kalimah Allah terus digunakan oleh bukan Islam dan banyak lagi.
Adakah ini ciri-ciri pemimpin yang dituntut Islam? Jadi dari semua ini, adakah Sheikh Yusuf Al Qardawi sebagai Ketua Ittihad Ulama dan ilmuan Islam akan mengeluarkan surat tanpa merujuk dan meneliti perkara-perkara yang dilakukan Anwar. Sudah tentu tidak!
Jadi puak tegar pembangkang tak perlulah nak bersorak! Rakyat bijak menilai political game puak pembangkang.
No comments:
Post a Comment