Sunday, May 12, 2013

Korang Dah Kalah!! Siapa Yang Bersalah??


Apa lagi yang korang tak puas hati wahai suara-suara kalah di luar sana!? Sudah menang negeri, sudah boleh jadi kerajaan apa lagi yang tak puas hati!? Memang ada yang sabotaj, memang ada yang rela menjadi barua semata-mata nak bunuh karier politik calon parti sendiri.

Persoalan pokoknya adakah semua kawasan yang korang bertanding hadapi masalah cantas mencantas!? Tak semuakan! Kerana hanya sebilangan kecil je terjadi begini! 

Jadi di mana letaknya punca kekalahan tu!

Jangan terlalu seronok menunding! Jangan terlalu cepat melatah menyalahkan yang lain! Tolong kaji betul-betul di mana salah silap dalam diri sendiri! Mungkin ia tersirat tanpa disedari!

Cuba perhatikan calon-calon yang diletak! Betul ke calon boleh menang? Batang hidung tak pernah nampak! Bayang-bayang pun sipi je! Bersalam bertegur sapa tenggelam timbul! 

Tup..tup nama dah ada atas kertas undi! Adakah ini strategi yang betul untuk rampas kerusi!?

Jangan buat perangai, menanti ketua parti turun kawasan, baru hendak menempel tunjuk muka!! Jangan buat perangai, kena ketuk baru nak jalan!! Jangan bagi alasan tak reti nak counter fitnah dan issue bila terkena pada parti!! Jangan dok lepas tangan harapkan cybertrooper dan blogger saja yang melawan!!

Dah..dah! Benda pun dah jadi sejarah! Sekarang kita maju tanpa kira penat lelah! Ingat pesanan, jatuh untuk bangkit! Kalau jatuh korang lumpuh, usah berangan jadi pemimpin! Duduk diam-diam sampai mati dalam parti je lah!

Jangan kerana kalah yang ini, korang rasa kalah selama-lamanya! Sebab kalah bukan pasal kosong peti undi! Setiap kawasan yang kalah masih ada angka ribu pengundi yang memberi kepercayaan memilih parti. 

Takkan kerana kalah kurang undi, korang terus henti berkhidmat! Bagaimana dengan nasib angka ribu pengundi yang tetap menyokong parti?! 


Perisik: Pada siapa nukilan dituju??! Kalau terasa jangan berbulu!


No comments:

Post a Comment