Sunday, May 12, 2013

Hapuskan Hak Istimewa Melayu


Memang itu yang di rancang oleh wakil pembangkang dalam ucapan di Stadium Kelana Jaya baru-baru ini. Ucapan hapuskan hak istimewa ini disambut dengan laungan gemuruh sebagai tanda sokongan oleh para penyokong Cina, India dan Melayu.

Adakah wakil melayu yang berucap itu menyedari dan memahami dari skop yang luas tentang apa yang dilafazkan? Atau semata-mata menjadi alat untuk menagih sokongan kaum cina yang membanjiri stadium tersebut?

Adakah penyokong-penyokong pembangkang Melayu menyedari serta memahami isi ucapan tersebut! Atau mereka sememangnya tidak faham dan menyokong sahaja dengan membuta tuli?

Bagi melihat sejauh mana tahap kesedaran mereka, Ahli Parlimen Rengas, Datuk Seri Muhamed Nazri telah mencabar ketua pembangkang, Anwar Ibrahim untuk mengHAPUSkan Hak Istimewa Melayu di negeri yang di tadbir pembangkang!



Selangor adalah contoh terbaik, memandangkan kemenangan lebih 2/3 membolehkan mereka meminda perlembagaan negeri berkaitan Hak Istimewa Melayu!? Mereka boleh pinda terus! Idea Nazri ini rasanya mampu menarik perhatian Kerajaan Pulau Pinang yang dikuasai DAP. 

Kemungkinan besar DAP akan melaksanakannya terlebih dahulu memandangkan ia selari dengan hasrat yang telah pun dinyatakan dalam polisi parti. Lihat gambar di bawah!

1 comment:

  1. melayu mudah lupa, masih ramai melayu yg tidak perasan sedang menggadai maruah bangsa dan tanah air!

    ReplyDelete