Dalam aliran politik semasa, kita melihat sesiapa sahaja yang mempertahankan melayu di bumi yang asalnya dikenali sebagai Tanah Melayu dengan hormatnya anda akan di anggap rasis! Tahniah!
Adakah anda malu dengan gelaran ini?! Rasis! rasis! rasis!
Kenapa nak malu?!
Sebelum rasa malu, marah, hina dan kecil diri. Cuba perhatikan dulu tuduhan rasis itu datang dari siapa? Dan juga dari mana? Bila di teliti kita dapati bahawa tuduhan rasis itu bukan untuk anda sebagai rakyat Malaysia yang berjiwa melayu.
Kerana yang menuduh itu, datang dari parti politik yang terdiri daripada majoriti kaum cina yang berjiwa cina dan tercatit di dalam sejarah bahawa mereka akan mempertahankan kepentingan kaum cina seperti bahasa ibunda, sekolah jenis, ekonomi, harta benda dan lain-lain.
Sekarang apa bezanya parti yang mempertahankan bangsa melayu DENGAN parti yang mempertahankan bangsa cina ini? Kedua-dua parti mempertahankan kepentingan kaum masing-masing.
Bukankah takrifan RASIS ini juga terpakai kepada parti cina!
Selepas PRU13, Utusan telah menyiarkan artikel "Apa Lagi Cina Mahu?" dan penggunaan terma "Tsunami Cina" dalam menggambarkan sinario keputusan pilihan raya kali ini.
Tajuk artikel dan terma tersebut telah menarik perhatian kaum cina terutamanya parti majoriti cina yang terus sahaja cop Utusan dan UMNO sebagai rasis?! Inilah tuduhan tanpa melihat keburukan pada diri mereka sendiri terlebih dahulu!
Kerana sudah acap kali kita melihat laporan beberapa surat khabar cina yang begitu rasis dalam laporannya. Paling lantang apabila disentuh soal pendidikan, mereka akan tentang habis-habisan jika ada cubaan mana-mana pihak yang ingin merubah sistem pendidikan cina di negara ini!?
Bukankah tindak-tanduk kelompok ini lebih RASIS?!
Apa yang berlaku, mereka menggelarkan pihak yang mempertahankan kaum cina ini sebagai Wira dan Pejuang?!
Maka jelaslah bahawa usaha mempertahankan kehendak sesebuah kaum, tidak sepatutnya di anggap rasis!
Tapi situasi sekarang, ia telah di jadikan alat oleh sesebuah parti untuk memberi gambaran dan gelaran jijik kepada parti lawan. Malangnya ramai pula yang mempercayai dan menjadi pak turut mengikut sahaja apa yang diberitahu!
ramai yg buta sejarah sekarang ni! Dan pembangkang sedang buat sejarah baru bagi memadamkan gambaran rasis pada parti DAP terutamanya.
ReplyDeleteSekarang mereka cuba tonjolkan DAP sebagai parti untuk semua kaum. Walhal parti ini lah paling lancang hendak menggunakan kalimah Allah dalam bibile.
sudah terkenal dengan sikap perkauman, mereka hendak main sentimen keagamaan!
Jika mereka cina tak perkauman why kedai nk cr kerja hanya speak english.baik letak selain bangsa cina tidak layak..siapa mulakn rasist..kami hnya mahu keadilan.
ReplyDeletesalam perisik, saya lihat UMNO rasis, DAP rasis, MIC rasis, MCA rasis, PKR rasis, PAS rasis, PSM rasis. Senang cerita semua parti politik rasis!!
ReplyDeletesbb setiap individu parti bentuk dasar melebih-lebihkan satu-satu kaum! Nak cerita pasal Malaysian Malaysia or 1Malaysia? Bullshit lah!
kepada semua si rasis ni! tolong jangan hasut rakyat jadi rasis! tak payah nak hasut rakyat turun ke jalanraya!