Friday, May 31, 2013
SPAD Diiktiraf Dunia!
Puak pembangkang terus sakit kepala lepas dapat tahu berita ni. Ya lah mereka dari awal tak henti-henti menabur memfitnah dan memburuk-burukkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dengan mempolitikkan isu-isu remeh berkaitan pengangkutan awam darat.
Namun semua itu langsung tidak melemahkan semangat juang warga SPAD untuk terus komited memikul tanggungjawab bagi memacu transformasi pengangkutan awam demi kesejahteraan dan kemakmuran rakyat Malaysia.
Memang tak payah dok layan perangai kebudak-budakkan pembangkang yang melalak tak tentu hala menyalahkan semua orang. Buang masa! Baik fokus kepada kerja-kerja penambahbaikan sistem pengangkutan lagi bagus!
Akhirnya pada 29 Mei lalu segala usaha gigih warga SPAD menampakkan hasil apabila menerima pengiktirafan dunia dari Persatuan Pengangkutan Awam Antarabangsa (UITP) dalam sebuah Kongres UITP Dunia yang berlangsung di Geneva, Switzerland.
Kongres yang dianggotai oleh 92 buah negara menjadi saksi penerimaan Anugerah Komitmen Politik Asia Pasifik oleh SPAD. Anugerah ini adalah bagi mengiktiraf segala gerak kerja SPAD dalam merealisasi transformasi pengangkutan awam negara.
Antara transformasi yang telah dilaksanakan adalah dibawah Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) seperti MRT, perkhidmatan bas GO-KL, Sistem Teksi 2-Peringkat di KLIA, Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1MA) dan Dana Sokongan Sementara untuk Bas Henti-henti (ISBSF).
Walaupun baru tiga tahun ditubuhkan, rakyat sudah dapat melihat berbagai-bagai transformasi dilakukan oleh SPAD.
Dengan ini, terbuktilah bahawa adunan kepimpinan Tan Sri Syed Hamid selaku Pengerusi DAN Mohd Nur Ismal Kamal sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, bersama-sama seluruh warga kerja SPAD merupakan satu gabungan mantap bagi memungkinkan anugerah berprestij ini menjadi milik MALAYSIA!
Tahniah SPAD! Kerana Berjaya Membawa Malaysia Ke Mata Dunia!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment