Sunday, June 30, 2013

AWAS!! Syarikat Bas Ekspres! Guna Ulat Tiket Jadi Ejen Haram!


Beberapa hari ini, pihak penguatkuasa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) giat melakukan operasi di sekitar negeri-negeri Pantai Timur bagi mengengkang kegiatan salah laku berkaitan pengangkutan awam darat.

Operasi awal yang dijalankan, SPAD telah berjaya mengesan 11 sindiket ulat tiket bas yang aktif mancari mangsa di sekitar Pahang, Terengganu dan Kelantan. Daripada 11 sindiket terbabit, lima di Pahang dan masing-masing tiga di Terengganu dan Kelantan. 

Jika kebiasaannya ulat tiket ini akan bergerak aktif ketika hujung minggu. Kini ia semakin ligat menjelang musim perayaan Aidilfitri yang menyasarkan pengguna yang terdesak untuk mendapatkan tiket balik kampung.

Ada di antara ulat tiket ini mengambil upah menjadi EJEN HARAM kepada syarikat-syarikat bas yang tidak memiliki kaunter jualan tiket di terminal. Banyak aduan diterima SPAD, setelah pengguna menyedari diri tertipu kerana membuat bayaran yang tinggi untuk mendapatkan tiket bas.

Dalam hal ini, pihak penguatkuasa SPAD telah melakukan operasi berterusan dan membuat risikan bagi menghalang kegiatan ulat tiket terus bermaharajalela di seluruh negara. Kerjasama orang ramai terutamanya dari syarikat pengusaha bas ekspres diperlukan bagi memastikan usaha pencegahan ulat tiket ini lebih efisien.

Selain daripada itu, Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar turut memberitahu media mengenai beberapa penyelesaian jangka panjang antaranya dengan menyelaraskan penjualan tiket bas ekspres dalam talian (e-ticketing). 



Langkah ini dilihat bertepatan, namun SPAD perlu mengenalpasti terlebih dahulu mana-mana syarikat yang tidak mempunyai kaunter sebelum mengambil tindakan selanjutnya bagi menjayakan e-tikecting ini.

"Kita sudah lama mencadangkan supaya e-ticketing ini menjadi amalan lazim. Saya tengok kebanyakan masalah timbul bila ada syarikat bas yang tidak mempunyai kaunter. Mereka inilah yang selalu pakai "ulat". Kita perlu mengenalpasti syarikat-syarikat ini dan keluarkan mereka daripada sistem. Dengan cara ini kita dapat menghapuskan kegiatan ulat". Kata Syed Hamid.

Kalau begini keadaannya, bukan ulat tiket sahaja harus dihukum, pengusaha bas ekspres yang mengupah mereka juga harus di dakwa kerana berkomplot melakukan penipuan dengan mengenakan harga yang melampau-lampau terhadap pengguna. 

Peliknya ada segelintir syarikat yang menipu ni jugaklah sibuk nak minta kenaikan tambang sampai 30%! Dah rembat duit rakyat lepas tu minta kenaikan. Alasannya syarikat rugi kerana terpaksa menanggung kos operasi yang tinggi. 

Perisik: Sebenarnya duit syarikat tak pernah cukup kerana hasil pendapatan diterima dengan melakukan kerja haram! 

No comments:

Post a Comment