Saturday, June 8, 2013

Rakyat Untung Besar Sambungan Jajaran LRT STAR & PUTRA


Semua sedia maklum mengenai projek Aliran Transit Massa (MRT) yang sedang giat dalam pembinaan bagi menghubungkan Kajang hingga Sungai Buloh. Projek yang dijangka siap pada 2017 ini meliputi jarak sepanjang 51 km dengan 31 buah stesen perhentian. 

Dalam masa sama sebuah lagi projek turut berjalan bagi menyambung dua jajaran pengangkutan rel Aliran Transit Ringan (LRT) iaitu STAR dan PUTRA. 

Projek ini selaras dengan Pelan Induk Transformasi Pengangkutan Awam negara yang dirangka oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). Ia bagi meningkatkan kesalinghubungan infrastruktur antara kawasan kediaman dengan destinasi tujuan.

Penyambungan jajaran LRT STAR bermula di Sri Petaling sehingga ke Putra Heights yang terdiri daripada 12 stesen perhentian dengan jarak 17.7 kilometer. Manakala sambungan LRT PUTRA pula, akan dilakukan dari Kelana Jaya sehingga ke Putra Heights yang terdiri daripada 13 stesen perhentian dengan liputan jarak 17 kilometer.

Bila siap pada tahun 2014 nanti, maka lengkaplah rantaian sambungan "close circuit" pengangkutan rel LRT yang mana kedua-keduanya bertemu di Putra Heights. 




Macam biasa seperti sebelumnya, pembangkang tidak henti-henti menentang dan mengkritik keras usaha kerajaan ketika proses pembinaan projek LRT sedang dijalankan pada awal 90an.

Tidak kurang juga perasaan kurang senang dikalangan penduduk sekitar yang marah kerana terpaksa menghadapai kesesakan lalu lintas kerana penutupan jalan untuk memberi laluan pembinaan LRT. Ada juga yang berpindah kerana tidak tahan dengan bunyi bising penanaman cerucuk dan sebagainya.

Namun apabila siap sahaja pada 1996, segala kekalutan yang ditimbulkan pembangkang dan keresahan penduduk sekitar sebelum ini HILANG! Kerana mereka merasa sendiri manfaatnya pengangkutan rel LRT ini.

Antaranya NILAI hartanah seperti rumah, premis perniagaan dan tanah meningkat berlipat kali ganda kesan dari pembinaan LRT. Laluan rel LRT ini ibarat sumber kehidupan di mana pelbagai projek pembangunan sampingan dimajukan di sepanjang laluan. Kedua-dua aliran ini bakal menerima hampir 800,000 penumpang sehari bila siap nanti.



Sekarang bila projek MRT dan penyambungan LRT bermula pada 2010. Seperti biasa pembangkang mengamalkan taktik lama mengulangi apa yang telah mereka lakukan pada projek-projek awal 90an. Mereka cuba meracuni rakyat supaya menentang projek transformasi pengangkutan awam ini.

Cubaan mereka ini jelas hanya ingin membantutkan pembangunan negara, seolah-olah ingin Malaysia kekal mundur dengan sistem pengangkutan yang tidak berkembang maju. Akan tetapi rakyat sudah bijak menilai usaha jijik pembangkang yang mana akan merugikan mereka dalam menikmati kemajuan yang berhak di terima sebagai rakyat.



Kemajuan dan strategi transformasi kerajaan bukan mengenai duit semata-mata seperti yang dijaja puak-puak pembangkang. Kerana semua ini merupakan keperluan masa hadapan bagi menampung peningkatan penduduk Malaysia menjelang 2020.

Pembangkang nampaknya tidak dapat lagi mempolitikkan usaha transformasi pengangkutan awam yang jelas banyak memberikan kebaikan kepada rakyat negara ini. Jadi dari membuat serangan politik yang memakan diri. Langkah terbaik yang diambil pembangkang adalah berdiam diri!

No comments:

Post a Comment