Sunday, June 2, 2013

Khidmat Pengerusi & CEO SPAD Dilanjutkan


Kolaborasi antara Tan Sri Syed Hamid dan Mohd Nur Ismal Kamal ternyata hebat apabila berjaya merealisasikan pelbagai transformasi pengangkutan awam darat seperti teksi, bas, MRT, komuter dan lain-lain.

Kejayaan yang dilalui selaku Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif di dalam Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat SPAD bukan sahaja diperakui rakyat malah mendapat pengiktirafan dunia di Kongres Persatuan Pengangkutan Awam Antarabangsa (UITP) yang berlangsung di Geneva, Switzerland pada 29 Mei lalu.

Dengan momentum perlaksanaan transformasi yang konsisten oleh dua tokoh ini. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah membuat keputusan tepat melanjutkan perkhidmatan mereka bagi meneruskan usaha merintis transformasi pengangkutan negara.

Khidmat Syed Hamid sebagai Pengerusi akan dilanjutkan selama dua tahun manakala Mohd Nur Ismal Kamal, tiga tahun sebagai Ketua Pegawai Eksekutif.

Berita baik ini disambut baik khususnya oleh seluruh warga SPAD yang merasa bangga dapat bersama-sama dengan dua tokoh ini bagi meneruskan usaha berbakti kepada rakyat dan negara.

Syukur & Tahniah


No comments:

Post a Comment