Hebahan video ini diketahui umum selepas polis menahan dua orang ahli Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang leka menyebarkan CD dari satu lokasi ke lokasi lain. Jelaslah bahawa wujud komplot dikalangan pembangkang sendiri cuba membunuh karier politik beliau. Tetapi dituduh semua ni kerja UMNO. Statement standard bangang!
Apa jua tuduhan yang dilemparkan terhadap UMNO, Stopa Ali yang juga Setiausaha Agung telah menerima desakan pelbagai pihak dari dalaman PAS supaya bertindak membuat laporan polis bagi membersihkan namanya.
Lebih gempak ketika minggu kempen PRU13, riuh rendah pula mengenai beliau akan buat sumpah laknat menafikan bahawa dia bukan lelaki yang mengibar spender itu. Ketika itu upacara sumpah tersebut dirancang akan dilakukan di Masjid Rusila, Terengganu.
Ramai para wartawan dan blogger pulang hampa apabila kelibat Stopa Ali tidak muncul seperti dijanjikan untuk buat sumpah laknat di Masjid Rusila! Sehingga ke hari ni tiada langsung laporan polis dibuat dan sumpah laknat pula tak tahu ntah bila?
Sejak dari peristiwa tersebut, ahli-ahli PAS sudah hilang hormat kepada Stopa Ali kerana masih gagal membersihkan namanya. Keengganan beliau ini bukan sahaja menjejaskan nama beliau tetapi nama parti PAS, kerana dilihat gagal mengenakan sebarang tindakan terhadap Stopa Ali.
No comments:
Post a Comment