Thursday, April 16, 2015

MCA Kerah Seluruh Jentera Permatang Pauh Hadapi PRK


Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh bakal berlangsung tidak lama lagi. Tarikh penamaan calon bakal berlangsung pada 25 April ini dan proses membuang undi pula akan dibuat pada 7 Mei. Bermakna 12 hari tempoh berkempen bagi menaikan imej calon yang bakal bertanding.

Desas-desus PAS yang ingin parti Bulan bertanding di situ ternyata hanya angan-angan kosong kerana semua tahu dalam pakatan pembangkang, kerusi parlimen tersebut telah menjadi hak milik kekal anak beranak Anwar Ibrahim dan Wan Azizah dari PKR. 

Lantak pi lah siapa dorang nak letak! Apa yang penting, seluruh jentera komponen Barisan Nasional nampaknya sudah mula mencatur langkah bagi mengubah lanskap politik Permatang Pauh dari wajah keluarga Anwar Ibrahim dan Wan Azizah. 

Pengundi sudah muak dengan wayang pembangkang yang letak calon yang selepas menang. Hilang ntah kemana. Masalah setempat tidak juga diselesaikan. Sudah banyak masalah tidak selesai, lepaskan kerusi Permatang Pauh dan pindah pula ke kawasan Kajang. Sekarang Kajang pula dirundum pelbagai masalah yang tak selesai.

Nak buat macam mana! Dah sana yang pilih. Sekarang Permatang Pauh berpeluang memperbetulkan keadaan. Sudah tiba masa untuk kita tolak habis parit anak beranak yang gila kuasa hendak pegang semua jawatan dalam parti.



Melihat kepada situasi ini, pihak MCA tidak membuang masa telah mengerahkan seluruh jenteranya di Permatang Pauh untuk berkempen memenangi hati pengundi di sana. Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun telah menngkoordinasikan seluruh jentera untuk bergerak ke pelusuk kampung bagi membantu rakan BN di Permatang Pauh.

“Semua anggota jawatankuasa dan majlis tertinggi, termasuk Presiden (Datuk Seri Liow Tiong Lai) dan Timbalan Presiden (Datuk Dr Wee Ka Siong) turut akan turun padang, bagi membantu jentera pilihan raya di sana,” kata Mei Fun.



Hari ini difahamkan Timbalan Presiden MCA, Datuk Wee Ka Siong telah turun ke Permatang Pauh bagi melihat kesiapsiagaan jenteranya dalam PRK ini. Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa PRU14 MCA bertekad akan berjuang habis-habisan bagi memenangkan calon BN dalam PRK nanti.

No comments:

Post a Comment