Thursday, April 16, 2015

Sultan Selangor Buat Apa Naik LRT & Monorel Tu?


DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah AlHaj hari ini mencemar duli meluangkan masa melawat dan merasa sendiri pengangkutan sistem rel iaitu PUTRA LRT dan Monorel. Para wartawan juga diberi peluang untuk turut serta bersama Tuanku Sultan dalam lawatan ini.

Orang awam ternyata kepoh nak tahu apahal yang riuh sangat tu? Ya lah dengan wartawan dan jurugambar yang berkumpul serta tidak henti-henti mengambil gambar. Mesti ada yang menarik. Ternyata bila diamati, tertanya-tanya macam Sultan Selangor! 

Ya memang Sultan Selangor lerr! 

Sebab cara Sultan turun bertemu rakyat tanpa sebarang protokol seperti kebiasaan. Cukup santai dan sempoi. Tu yang buat orang awam yang tengok macam tak percaya. Pihak pengurusan LRT dan Monorel iaitu PRASARANA yang mengaturkan lawatan turut memastikan tiada protokol ketat sehingga menampakan jurang antara Sultan dan rakyat. Memang terbaik!


Perjalanan Tuanku bermula di Stesen PUTRA LRT Kelana Jaya.Di sana taklimat ringkas telah diberikan oleh Pengerusi PRASARANA, Tan Sri Ismail Adam dan Pengarah Urusan Kumpulan PRASARANA, Azmi Abdul Aziz mengenai perkhidmatan yang disediakan serta perancangan masa depan. 


Sultan Selangor dimaklumkan bahawa satu projek jajaran LRT3 akan dibuat bagi menghubungkan Bandar Utama dan Johan Setia di Kelang. Jajaran yang bakal dibina ini adalah sepanjang 36km dan memiliki 25 buah stesen.

Perjalanan tersebut melalui enam buah stesen dan tiba ke Stesen KL Sentral, Kuala Lumpur. Di sana, Sultan Selangor disambut oleh Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Jaafar Albar, Ketua Pengarah Eksekutif SPAD, Mohd Nur Ismal Kamal dan Pengarah Urusan Kumpulan MRCB, Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din.


Dari KL Sentral, Sultan Selangor berjalan melepasi rakyat jelata dan menuju ke perkhidmatan seterusnya yakni Monorel. Stesen Monorel KL Sentral ini terletak di Brickfield iaitu hanya perlu menyeberangi Kompleks membeli belah Nu Sentral. Perjalanan menaiki Monorel melalui enam buah stesen sebelum turun di Stesen Monorel Bukit Nanas dan kemudian menuju ke Hotel Concorde disebelahnya.



Menurut Tuanku Sultan, Sistem Pengangkutan LRT dan Monorel adalah satu penyelesaian yang baik untuk masalah pengangkutan Awam di Lembah Klang. Malah dalam perasmian DUN Selangor baru-baru ini juga baginda bertitah menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam. 

No comments:

Post a Comment