Sunday, April 5, 2015

Tragedi Helikopter! Pemimpin Ziarah, Solat Jenazah & Beri Penghomatan Terkakhir


Dari semalam selepas pengesahan antara mangsa yang terlibat dalam nahas helikopter adalah tokoh politik Tan Sri Jamaluddin Jarjis. Tidak putus-putus orang ramai datang menziarah bermula dari Hospital Besar Kuala Lumpur (HBKL) dan ke rumah keluarga jenazah.



Antara yang terawal kelihatan hadir di perkarangan HBKL adalah Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang melahirkan rasa terkejut dan sedih dengan berita ini. Kerana kehilangan serentak dua sahabatnya iaitu TS Jamaluddin Jarjis dan Datuk Sri Azlin. 

Ia merupakan satu kehilangan yang besar dan bersimpati dengan musibah yang menimpa keluarga mangsa dan juga keluarga mangsa lain yang terlibat dalam nahas.

Hari ini beberapa pemimpin lain hadir ke perkarangan Masjid Negara dan ada juga di rumah keluarga TSJJ sekarang ini bagi solat jenazah dan penghormatan terakhir. Antara yang kelihatan hari ini adalah TPM, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Mantan PM, Tun Mahathir Mohamad dan Presiden MCA, DS Liow Tiong Lai.





No comments:

Post a Comment