Desas-desus PAS yang ingin parti Bulan bertanding di situ ternyata hanya angan-angan kosong kerana semua tahu dalam pakatan pembangkang, kerusi parlimen tersebut telah menjadi hak milik kekal anak beranak Anwar Ibrahim dan Wan Azizah dari PKR.
Lantak pi lah siapa dorang nak letak! Apa yang penting, seluruh jentera komponen Barisan Nasional nampaknya sudah mula mencatur langkah bagi mengubah lanskap politik Permatang Pauh dari wajah keluarga Anwar Ibrahim dan Wan Azizah.
Pengundi sudah muak dengan wayang pembangkang yang letak calon yang selepas menang. Hilang ntah kemana. Masalah setempat tidak juga diselesaikan. Sudah banyak masalah tidak selesai, lepaskan kerusi Permatang Pauh dan pindah pula ke kawasan Kajang. Sekarang Kajang pula dirundum pelbagai masalah yang tak selesai.
Nak buat macam mana! Dah sana yang pilih. Sekarang Permatang Pauh berpeluang memperbetulkan keadaan. Sudah tiba masa untuk kita tolak habis parit anak beranak yang gila kuasa hendak pegang semua jawatan dalam parti.
“Semua anggota jawatankuasa dan majlis tertinggi, termasuk Presiden (Datuk Seri Liow Tiong Lai) dan Timbalan Presiden (Datuk Dr Wee Ka Siong) turut akan turun padang, bagi membantu jentera pilihan raya di sana,” kata Mei Fun.
No comments:
Post a Comment