Begitu jugalah dengan Penguatkuasa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). Operasi demi operasi yang dijalankan bagi membanteras pelbagai kesalahan pengangkutan awam darat adalah mengikut akta yang telah termaktub.
Namun setiap tindakan undang-undang yang diambil, sering di salah anggap. Akhirnya ada yang buat gila menyerang penguatkuasa seperti apa yang berlaku di Ibu Pejabat Polis Langkawi.
Difahamkan seramai 40 lelaki bertindak menyerbu penguatkuasa SPAD yang melakukan operasi bersepadu bersama pihak polis "Ops Parasit" yang berpangkalan di ibu pejabat tersebut.
Kesemua bertindak demikian kerana tidak puas hati kereta rakan mereka ditahan. Perselisihan berlaku dan ada di antara mereka cuba mencederakan pegawai penguatkuasa.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, ASP Mohd Nashir. Seramai 11 orang ditahan berumur dari 19 hingga 35 tahun selepas didapati menghalang tugasan pihak berkuasa dan menggunakan kekerasan.
Bila dah bersalah lagi dibuatnya benda yang lebih salah. Kejadian ini berikutan SPAD menahan teksi sewa haram dan tiada permit di sekitar jeti Kuah. Pada waktu itu, pemandu teksi haram ini sudah mula tunjuk belang tidak bekerjasama. Perkara tersebut berlanjutan seperti dijelaskan di awal artikel ini.
No comments:
Post a Comment