20,000 buah! Itulah kuantiti rumah mampu milik yang bakal dibina oleh FELDA untuk generasi muda di kawasan-kawasan rancangan. Rumah-rumah mampu milik ini bakal dibina di kawasan-kawasan rancangan seluruh negara bagi memenuhi permintaan semasa.
Generasi Felda sekarang tidak sama seperti 10-20 tahun yang lalu. Kalau dulu , Warga Felda begitu sinonim sebagai peneroka dan pengusaha ladang sawit. Kini FELDA berjaya melahirkan modal insan yang profesional seperti jurutera, juruterbang, doktor, arkitek dan bermacam-macam lagi.
Kebanyakan golongan profesional ini telah berpindah keluar dari tanah rancangan bagi mengembangkan karier mereka. Namun begitu ramai generasi muda yang giat dalam industri sawit yang mempunyai nilai pasaran tinggi untuk jangkamasa panjang.
Pengerusi FELDA, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad sedia maklum akan perkembangan ini dan mula merangka pembinaan 20,000 unit rumah di tanah rancangan seluruh negara. Langkah ini bertepatan bagi memastikan generasi baru Felda yang kekal di tanah rancangan dapat terus memberi sumbangan membangunkan FELDA.
Isa Samad berkata, projek perumahan mampu milik ini akan dimulakan setelah semua pengurusan, sistem pembelian dan faktor-faktor lain yang berkaitan dapat diselesaikan. Penelitian kepada perkara-perkara yang dinyatakan tadi memakan masa dua bulan sebelum dimuktamadkan.
No comments:
Post a Comment