Thursday, October 9, 2014

Letupan Di Bukit Bintang Angkara Kongsi Gelap?


Masih terlalu awal untuk membuat telahan tetapi lokasi yang dikesan berlakunya letupan di Bukit Bintang berhadapan Kompleks Sun pada pukul 4.00 pagi tadi sering dikaitkan dengan aktiviti-aktivti kongsi gelap satu ketika dulu. Mungkin masih lagi tapi agak pasif kerana sering dipantau oleh pihak polis.

Pergaduhan antara kongsi gelap adakalanya berlaku kerana perebutan kawasan perniagaan, dendam dan kuasa. Tapi apa yang sering digunakan oleh kumpulan kongsi gelap ini kayu, parang, pisau dan pistol. Kali ni bom pula! Ekstrim? 



Ada juga yang mengaitkan insiden ini dengan tindakan kumpulan pengganas. Imaginasi rakyat tidak dapat dibendung memandangkan maklumat dan sebaran berita ntah betul tidak boleh diperolehi di hujung jari. Tentu ada dikalangan pembaca fikir ada kena mengena dengan apa yang berlaku di Lahad Datu. Tak pun teringat akan kumpulan IS (Islamic State) yang didakwa menyelinap ke negara ini.

Dari siasatan polis di tempat kejadian, polis dapati dua butir bom tangan telah dilontar dan hanya sebutir meletup. Seorang maut dan 13 parah dalam insiden letupan ini. Pada pukul 12.35 tengahari tadi, unit pemusnah bom telah memusnahkan bom yang tidak meletup tadi.



Apa-apa pun masih terlalu awal untuk kita kaitkan dengan mana-mana kumpulan atau individu. Biarkan pihak polis dan risikan lakukan siasatan mereka. Jangan kita tambah rencah mengelirukan rakyat pula. 





Sebahagian gambar oleh Hiekal Rosli dari AgendaDaily

No comments:

Post a Comment