Baru-baru ni perisik berkesempatan
tumpang sekaki dalam sidang media Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di
Putrajaya. Soalan yang menarik perhatian adalah mengenai tindakan ramai otai
UMNO tidak mahu bertanding kerusi Majlis Tertinggi (MT).
Antara otai-otai UMNO yang sudah
umum keputusan tak mahu bertanding ialah Ketua UMNO Bahagian Johor Baharu Tan
Sri Shahrir Abdul Samad, Ketua UMNO Bahagian Jelebu, Tan Sri Dr. Rais Yatim,
Menteri Besar Perak Dato’ Seri Dr.Zambry Abd Kadir dan Menteri Kewangan kedua
Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.
“Kita tak ada buat apa-apa saranan. Kita telah mewujudkan satu suasana mana-mana ahli UMNO yang nak bertanding, bebas berbuat demikian berdasarkan pada hak yang ditetapkan oleh perlembagaan baharu UMNO.
“Dalam pada itu ada juga yang
merasakan mereka mahu memberi laluan kepada orang lain. Jadi saya hargailah
kalau itu pendirian mereka. Tetapi di samping itu kalau mereka nak menawarkan
diri, saya juga hargai sebab mereka nak menyumbang kepada kepimpinan UMNO di
peringkat-peringkat tertentu” kata Najib kepada wartawan.
Rasanya ramai ahli-ahli UMNO faham
apa yang tersirat dan tersurat dalam kenyataan Presiden UMNO ini. Kalau kita
perhatikan sendiri memang ramai barisan pimpinan UMNO yang memegang jawatan
tertinggi terlalu lama.
Ya lah kita sendiri gemar mengkritik
barisan kepimpinan pihak lawan sebagai golongan purba atau dinasor. Takkan nak
buat perkara serupa. Dah ibarat meludah kelangitlah pula. Maka, mereka yang hampir-hampir
memasuki era purba atau dinasorr tu, eloklah bagi peluang kepada muka baru.
Seharusnya golongan yang berada
dalam kategori usia “rumah kata pergi, kubur kata mari” ikutlah langkah
otai-otai ini, terutama yang lebih tua dari Najib dan timbalannya, Tan Sri
Muhyiddin Yassin serta yang kalah dalam Pilihanraya Umum lalu.
Agak janggal bila ada pemimpin yang ditolak
rakyat dalam PRU lalu boleh pula merasakan diri penting dan layak memegang
jawatan tertinggi parti. Ditolak satu hal, tak dicalonkan langsung untuk
bertanding! Nak kata apa? Rasa hebat atau perasan hebat!
Golongan macam ni, eloklah angkat
kaki untuk bagi laluan kepada orang lain yang lebih berkaliber dan relevan.
Muncul sahaja barisan baru yang cuba menggugat kedudukannya, tak semena-mena
bersilat dengan seribu macam alasan. Kononnya akan timbul perpecahanlah, macam lawan ibu dan
anaklah. Sedangkan yang bercakap tu pun lupa, yang diri sudah menjadi LIABILITI
kepada parti!
Ada juga yang menang dalam PRU
tetapi tak sedar umur sudah “Lepas Isyak”. Pernah jadi MB berpuluh tahun tetapi
sepanjang tempoh itu negeri itu antara yang paling mundur sehingga ibu
negerinya ibarat “ghost-town” pada waktu malam. Hanya setelah MB baharu ambil
alih, barulah nampak pembangunan semakin pesat.
Bagi golongan “Lepas Isyak” ini,
lupakanlah angan-angan mahu bertanding jawatan Naib Presiden ataupun MT. Lebih
baik tumpukan perhatian kepada jawatan sedia ada. Janganlah rasa syok sendiri
konon pengalaman dan buah fikiran anda masih diperlukan, walhal nak buka laptop
pun tak pandai.
Sudah-sudahlah! Para penyokong UMNO
pun sudah sampai tahap rimas dan meluat melihat mereka yang perasan hebat ini.
Kerana majoriti golongan muda dalam UMNO inginkan nafas dan idea baru bagi
mengekalkan relevansi parti pada golongan belia.
No comments:
Post a Comment