Tuesday, January 10, 2012

Berjuta Persepsi - Sifar Konpirasi



Sepanjang perbicaraan berlangsung berulang kali persepsi jijik dilaungkan yang menuduh semua ini adalah konspirasi jahat menjatuhkan Anwar Ibrahim.

Tetapi apabila Hakim Datuk Mohd Zabidin putuskan yang Anwar Ibrahim dibebaskan dari tuduhan liwat. Lain pula lagu mereka. 

Keputusan ini memang mengejutkan pihak pembangkang yang sebelum ini terlebih dahulu menjatuhkan hukum yang Anwar pasti ke penjara. BACA SINI

Dari apa yang berlaku jelas menunjukkan yang lalakan hilang akal pimpinan pembangkang lebih kepada sebaran persepsi ke dalam kepala otak para pengikutnya yang kononnya kes liwat ini adalah konspirasi kerajaan.

Para penyokong pro pembangkang yang telah dikencingkan oleh pemimpin sanjungan mereka dengan mudah menfitnah BN kerana termakan dek persepsi beracun suapan pemimpin lakhanat yang mereka angkat sendiri sebagai Imam Mahdi.

Perhimpunan bebas Anwar yang dianjurkan bukanlah suara rakyat seperti diwarwar-kan. Kerana turut dibanjiri oleh warga asing Myanmar dan Indonesia yang diupah untuk berdemo dengan diberikan topeng untuk menutup rupa orang asing mereka. BACA SINI dan SINI

Sumber
Datuk Seri Najib memberitahu media yang sistem kehakiman Malaysia adalah sebuah institusi bebas dari pengaruh politik atau ahli politik. Perkara ini sudah dijelaskan banyak kali oleh beliau, namun ditenggelamkan oleh persepsi konspirasi canangan jijik pembangkang. BACA SINI

Mantan PM, Dr Mahathir juga berkata yang segala-galanya tentang teori konspirasi ini hanyalah pandangan serong Anwar. Keputusan mahkamah menjadi bukti bahawa tiada sebarang konspirasi sebelum atau sekarang untuk mengenakannya. BACA SINI

Malah jika diselidiki, kerajaan sendiri atau orang kuat BN sendiri kalah dalam beberapa kes di mahkamah. Seperti kes Khir Toyo dan termasuklah kes UMNO diharamkan oleh mahkamah pada 4 Februari 1988.

Jelas menunjukkan sistem kehakiman negara adalah bebas dan bekecuali serta bukan boneka mana-mana pihak.

Keseluruhan ini, menggambarkan mainan politik pembangkang lebih banyak kepada PERSEPSI. Iaitu sekadar andaian, teka meneka dan cerita kosong semata-mata.

Tiada sebarang konpirasi wujud selama ini. Lagi sekali rakyat terutamanya penyokong tegar PAS dan PKR dikencing oleh insan yang diangkat sendiri sebagai Imam Mahdi.

SIFAR KONSPIRASI

Itu yang rakyat dapat lihat dengan jelas sekarang

perisik - tapi "liwat suka sama suka" bukan konspirasi atau persepsi itu peguambela anwar yang cakap 

No comments:

Post a Comment