Hebat betul FELDA ni, pembangkang sibuk cakap FELDA muflis tapi dengan pengumuman Datuk Seri Najib sabtu lepas membuatkan pakatan pembangkang muflis idea untuk merosakkan program transformasi FELDA.
Najib dalam Majlis Bersama Rakyat Felda Ijok mengumumkan bahawa FELDA sendiri akan memperuntukkan RM3 Juta untuk membina kompleks Mini Stadium serta menaik taraf infrastruktur Pekan Ijok.
Warga Felda Ijok dan penduduk sekitarnya memanjatkan kesyukuran diatas peruntukan FELDA ini. Kerana tiada sebarang kemajuan diterima penduduk setempat sejak pakatan berkuasa di Selangor.
Mandat yang diberikan oleh rakyat kepada pakatan pembangkang tidak tertunai setelah tiga tahun. Ruang dan peluang sudah diberikan, masa untuk merubah akan dijawab dalam kertas undi PRU13 nanti.
Dalam Majlis Bersama Rakyat tersebut, Najib turut mengumumkan yang kerajaan memperuntukkan RM3.5 juta untuk pembinaan jambatan Sungai Seputeh di DUN Selama dan RM1.25 Juta untuk pembinaan Kompleks Serbaguna di DUN Batu Kurau.
No comments:
Post a Comment