Kejayaan cemerlang MSM Holdings pada hari pertama penyenaraiannya di Bursa Saham, baru-baru ini seharusnya menyedarkan peneroka amnya dan ahli-ahli Koperasi Permodalan Felda (KPF) khasnya bahawa segala persepsi negatif yang dilemparkan oleh pembangkang adalah tidak berasas sama sekali.
Ternyata tindakan menyenaraikan MSM Holdings itu adalah tindakan yang amat bijak dan MSM boleh mendabik dada sebagai Raja Gula yang baru.
Sepatutnya peneroka yang majoriti adalah orang Melayu, sedar selama ini ketika gula dikawal oleh bangsa lain, mereka sewenang-wenangnya mengawal atau menaikkan harga untuk keuntungan bangsa mereka.Kini, apabila gula dikawal oleh bangsa kita, jika harganya naikpun, bangsa kita juga yang untung, terutama 221,000 ahli KPF yang memegang 20 peratus ekuiti dalam MSM.
Pada hari pertama penyenaraian, saham MSM ditutup RM1.39 lebih tinggi pada RM4.89 dengan sejumlah 101.192 juta saham dan saham itu terlebih langganan 50 kali ganda!
Bermula 9 pagi pada hari tersebut, saham MSM Holdings dibuka dengan dengan RM4.45, mengatasi harga tawaran permulaan RM3.50 dan kemudian meningkat pada RM4.60 tidak sampai sejam selepas disenaraikan. Menjelang penutup, ia melonjak kepada RM4.89, iaitu RM1.39 lebih tinggi dan 101.192 juta saham terjual.
Peneroka, harus berbangga kerana KPF berjaya menempatkan dirinya sebagai koperasi kedua terbesar dan terkaya di Malaysia selepas Bank Rakyat. Orang Melayu pula harus berbangga kerana sebelum ini selama 60 tahun pasaran gula dikuasai oleh bangsa cer ya nun alif!
Pengarah Besar Felda, Datuk Dzulkifli Wahab baru-baru ini berkata KPF bercadang menceburi bidang kredit dengan menubuhkan bank koperatif dan skim Al-Rahnu yang dibuka kepada orang awam. Ini adalah berita yang patut disambut baik kerana ia secara langsung akan meningkatkan ekonomi peneroka khasnya dan bangsa Melayu amnya.
Kepada golongan peneroka, pandanglah ke hadapan dan jangan mudah terperdaya dengan hasutan dan dakyah Mazlan Aliman dan konco-konconya. Sedarlah, golongan ini adalah tunggangan parti politik yang mahu memecahbelahkan masyarakat peneroka dan orang Melayu.
Golongan si Kitol ini sebenarnya tidak peduli dengan nasib peneroka, tetapi memikirkan poket dan cita-cita politik masing-masing. Sudah tiba masanya peneroka bersatu hati menyokong Felda yang memperjuangkan ekonomi orang Melayu dan menjauhkan diri daripada pengkhianat bangsa sendiri!
No comments:
Post a Comment