Thursday, June 23, 2011

Pengurus Rumah (bukan Pembantu Rumah) ada potensi pendapatan lumayan

Apabila Yayasan Felda mengumumkan bahawa ia akan memperkenalkan kursus Pengurus Rumah (Home Manager) di Pusat Latihan Kelana Jaya, pelbagai reaksi dtimbulkan oleh ramai pihak. Tetapi yang paling kelakar apabila ada pihak tertentu yang tidak berapa faham maksud kursus itu menyamakan Pengurus Rumah dengan Pembantu Rumah. Ada juga yang membuta tuli mengutuk dan melemparkan pelbagai tuduhan kepada Felda, kononnya Felda melatih anak-anak peneroka untuk menjadi orang gaji.


Mungkin golongan yang melemparkan tuduhan itu kurang bergaul dan tidak pernah melihat dunia luar. Di Amerika dan Eropah, permintaan untuk Home Manager di kalangan masyarakat profesional dan hartawan adalah tinggi. Di Eropah terdapat banyak kolej yang menawarkan kursus Home Manager atau Home Economics dan ramai golongan muda, baik lelaki mahupun wanita bersaing untuk menjadi Pengurus Rumah bagi golongan elit. Di Malaysia, Pusat Latihan Kelana Jaya Yayasan Felda boleh dianggap sebagai peneraju kursus berkenaan.


Trend untuk mempunyai Home Manager telahpun menular di Asia dan Malaysia sejak seabad lalu. Sudah ramai CEO, pengerusi syarikat-syarikat besar Malaysia, hartawan tempatan dan dipomat asing di negara kita mempunyai Home Manager, cuma perkara ini tidak pernah diberikan publisiti meluas.

Definasi Pengurus Rumah atau Home Manager ialah pekerja yang ditugaskan menjaga butiran harian pengurusan rumah supaya majikan mempunyai masa untuk melakukan perkara-perkara lain.  Pengurus rumah adalah jawatan yang agak umum dan fungsi sebenar berbeza mengikut situasi. Semakin kompleks kediaman dan standard rumah, maka semakin rumitlah tugas seorang Pengurus Rumah. 

Di Amerika dan Eropah, jawatan Pengurus Rumah adalah satu kedudukan yang dihormati. Lazimnya jawatannya adalah yang paling kanan dalam kakitangan di rumah. Pembantu rumah, tukang kebun, pemandu dan lain-lain semuanya melapor kepada Pengurus Rumah. Di Eropah biasanya, pembantu rumah bertanggungjawab bagi pengurusan lebih dari sebuah rumah. Pengurus Rumah yang berpengalaman perlu mempamerkan kualiti pengurusan yang tinggi standardnya. 


Pengurus Rumah mesti bijak mengurus  kakitangan, menjangkakan keperluan majikan, berfikir cara majikan fikirkan, memahami pengurusan harga, perancangan acara, keselamatan, dan sebagainya. Dia juga harus mempunyai pengetahuan dan kecekapan yang pelbagai serta tahu protokol, pengurusan akaun, inventori belanjawan isi rumah, kawalan bekalan, pengurusan acara rasmi, jadual perniagaan dan semua tanggungjawab rumah yang lain. 


Pengurus Rumah melapor terus kepada majikan dan dia adalah aset yang tidak ternilai kepada mana-mana isirumah yang sibuk. Pengurus Rumah yang terlatih dan berbakat boleh menjimatkan masa dan wang majikan. Di Amerika atau Eropah,  Pengurus rumah di Amerika boleh mendapat gaji dalam linkungan USD100,00 ke atas setahun, lebih tinggi daripada Butler yang biasanya mendapat dalam USD80,000 ke atas. 

Pengurus Rumah berbeza dengan tugas Butler yang biasanya berpakaian seragam dan hanya menguruskan kakitangan rumah, penerimaan tetamu,menyelia hidangan minuman dan makanan.


Semalam, seramai 13 pelajar pertama Pengurus Rumah dari  Pusat Latihan Kelana Jaya menerima sijil tamat latihan daripada Pengerusi Yayasan Felda, Tan Sri Yusof Noor. Tahniah kepada Muhammad Firdaus Bin Zahar, yang menerima anugerah pelatih terbaik bidang Pengurus Rumah dari Pusat Latihan Kelana Jaya. 

Pelajar batch pertama bidang Pengurus Rumah itu adalah sebahagian daripada 474 pelajar yang menerima sijil tamat latihan kemahiran daripada Pusat Latihan Kelana dan tiga Kolej Integrasi Ilmu (KINI) di Trolak, Raja Alias dan Mempaga.


Tahniah juga kepada  rakan-rakan yang sama kursus dengannya, iaitu Ahmad Bustami Hussin (Felda Pekan Tajau), Ahmad Yuzairi Zulkifli (Taman Cheras Indah), Khairul Fatah Mohd Zaini (G Besout 2), Khairul Nazmi Nasri (Mayam), Mohd Zulkhairi Mohamed Arshad (Sg Koyan) 3), Muhamad Firdaus Zahar (Lok Heng Selatan), Muhamad Hamidi Mat Rasid (G Besout 2), Muhammad Fitri Nordin (Kemasul), Muhammad Syazwan Md roslan ((Kg Awah), Noorafifah Syahirah Binti Amri (Ulu Tebrau), Nor Sabiroh Musa (Chini 3), Noramirah Nordin (Lui Muda) dan Zafirah Zainuddin (Jengka 1).

Apa yang membanggakan, kesemua 13 lulusan Pengurus Rumah ini telahpun ditawarkan pekerjaan sebelum menerima sijil. 

  

Saya juga ingin ucapkan syabas kepada penerima-penerima sijil anugerah pelatih terbaik berikut: Norhafisza Napiah, Norbadriah Ahmad, Nurul Syafiqah Mahamud, Muhammad Firdaus Zahar (Pusat Latihan Kelana Jaya); Mohammad Hizamuddin Adnan, Nor Hidayah Bachok, Muhammad Asrul Azmi dari Kolej Integrasi Ilmu (KINI Raja Alias);  Muhamad Asyraf Mohd Zakarim, Nor Shakilla Yaacub (KINI Trolak); Roszaidi Ramli, Mohd Ashraf Mat Saad, Nor Aslinda Ibrahim, Muhammad Nor Amin Abd Aziz, Muhammad Amirul Hayat Abd Rahman dan Siti Nursyahirah Kamis (KINI Mempaga). Syabas anak-anak FELDA!


No comments:

Post a Comment