Saturday, December 22, 2012
Mazlan Aliman Menghilang?!
Semakin banyak fitnah dan auta yang digerakkan oleh pertubuhan haram ANAK, pimpinan Mazlan Aliman kantoi.
Pada 7 Ogos lepas, lapan peneroka telah menfailkan saman di Mahkamah Tinggi Temerloh terhadap PM, Datuk Seri Najib berikutan perkataan "haram jadah" yang digunakan beliau ketika berucap mengumumkan durian runtuh di Felda Jengka 8.
Monday, December 17, 2012
PANAS!! Senarai Kabinet Pakatan
Senarai barisan kabinet Pakatan Rakyat yang keluar "lagi"! Gua nak tergelak pecah perut tengok senarai ni!
Sunday, December 16, 2012
DAP Pun Parti Anak Beranak
Keputusan pemilihan Anggota Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) dalam kongres DAP semalam mengkantoikan sendiri belang sebenar parti tersebut. Sebelum ini gah mengatakan ia adalah parti berbilang kaum, tapi apa yang berlaku semalam jelas menunjukkan sebaliknya.
Tak perlulah DAP hendak berdolak dalih mengatakan bahawa ini adalah pemilihan adil dan demokrasi. Apa yang tersirat, parti tersebut tidak dapat lari dari sikap para perwakilannya yang masih chauvinis dan masih memiliki sentimen perkauman yang menebal.
Thursday, December 13, 2012
Pakatan Gelabah Hilang Undi Kaum India
Gerakan demo IC semalam adalah sekadar platfom parti pembangkang untuk meraih simpati pengundi kaum india di negara ini. Ini kerana majoriti pengundi India di negara ini sudah kembali menyokong dan memberi kepercayaan kepada Kerajaan Barisan Nasional pimpinan PM, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Kaum India sudah menilai dan melihat sendiri selama lebih empat tahun pakatan mendapat mandat di beberapa negeri. Apa menifesto untuk kaum India yang telah pakatan laksanakan? TIADA!
Wednesday, December 12, 2012
Penipuan Pakatan Dalam Demo IC
Pakatan dakwa 300,000 warga india di negara ini tidak memiliki kad pengenalan. Dari angka itu sahaja sudah cukup menunjukkan bertapa autanya puak-puak pakatan ni.
Macam biasa pakatan akan mengeluarkan angka-angka yang gempak-gempak di setiap gerakan, himpunan atau ceramah mereka. Puluh-puluh ribu dan ratusan ribu adalah jumlah yang paling digemari gerombolan ini.
Lagi Saman Sampai Kepada Mazlan Aliman
Belum lagi selesai kes saman dari Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman, Mazlan Aliman tambah lagi satu koleksi saman, kali ini dari Felda pula.
Beberapa minggu sudah Timbalan Menteri di JPM, Datuk Ahmad Maslan telah memberitahu bahawa akan menyaman Mazlan Aliman di atas kenyataan menfitnah Felda menjual minyak sawit kepada Israel.
MP Pakatan Mengeluh
Barisan kepimpinan pembangkang semakin hari semakin tidak senang duduk ke hulu ke hilir berkempen mencanangkan seribu macam fitnah terhadap kerajaan di setiap lokasi jelajah mereka.
Kerancakan mereka sering terganggu dengan keluhan kalangan ADUN dan Ahli Parlimen (MP). Mengeluh untuk menjawab soalan-soalan mudah dari rakyat.
Wednesday, December 5, 2012
LGBT Bercambah Di Media Malaysia
Beberapa pelopor media cetak dan elektronik sama ada secara sedar atau tidak telah mempromosikan unsur LGBT. Situasi ini mampu menjurus kepada peNORMALan/ membiasakan penerimaan golongan LGBT di kalangan rakyat negara ini. Perkara ini dilihat meracuni anak-anak kecil kita.
Sekarang pun sudah ramai di kalangan ibu bapa mengeluh, kerana ada rancangan TV, filem dan siri animasi yang memuatkan unsur-unsur LGBT tanpa memikirkan kesan terhadap pemikiran anak kecil.
Sekarang pun sudah ramai di kalangan ibu bapa mengeluh, kerana ada rancangan TV, filem dan siri animasi yang memuatkan unsur-unsur LGBT tanpa memikirkan kesan terhadap pemikiran anak kecil.
Wednesday, November 28, 2012
Kemana Hilangnya Kepimpinan Puteri UMNO
Itulah persoalan kepada wanita muda dalam parti iaitu Puteri UMNO setelah mereka mencecah usia 35 tahun.
Semenjak jentera Puteri diwujudkan pada tahun 2000, banyak bakat kepimpinan generasi wanita muda berjaya dicungkil melalui pendedahan dan latihan diberikan parti.
Friday, November 23, 2012
Depan Sokong Palestin, Belakang Sokong Israel
Anwar juga mendakwa Amerika Syarikat (AS) sebagai tulang belakang kepada serangan tersebut. Kenyataan beliau ni, seolah-olah mengambil berat terhadap kesengsaraan Palestin.
Bukti Hadi Lebih Layak Jadi PM
Patutlah beriya-iya orang-orang PAS ni nak naik kan Hadi Awang sebagai PM. Sebab dorang rupa-rupanya dah tahu PKR tak lagi mendapat tempat di hati rakyat.
Gambar atas adalah bukti yang ceramah pakatan malam tadi di Shah Alam tidak mendapat sambutan penduduk Shah Alam walaupun Anwar nak turun.
Thursday, November 22, 2012
Siapa MP Pakatan Dedahkan Mazlan Aliman?
Penipuan Mazlan Aliman mengenai dokumen yang kononnya bukti mengaitkan Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina dengan projek RAPID terbongkar.
Penduduk Pengerang Dihalau Keluar Parlimen
Kerajaan Zalim! Itu yang terpacul dari mulut-mulut puak pakatan bila baca tajuk ni. Nak buat macam mana dah memang perangai dorang, dari tajuk jer dah boleh direkanya dalam kepala dengan bermacam-macam imaginasi persepsi buruk terhadap kerajaan.
Begitu juga dengan perangai wartawan kaki pusing MeloyaKini yang melaporkan nak bagi puak-puak pakatan sedap membacanya. Kerana apa yang menariknya ayat yang digunakan "..SEKUMPULAN penduduk Pengerang, Johor dihalau keluar..".
PANAS!!! Pakatan Dedah Auta Mazlan Aliman
Fitnah tersebut dilakukan Mazlan pada himpunan kahak hijau di Sungai Rengit pada 30 September lalu. Kerana mulut badan -Mazlan- binasa.
Tuesday, November 20, 2012
Banyak Kali Boikot , Israel Tak Takut Pun
Serangan terbaru rejim zionis Israel di penempatan Gaza sekali lagi mendapat perhatian dunia. Nampaknya pembunuhan orang Palestine ni dah jadi semacam "hobi" suka-suka zionis. Macam biasa alasan melakukan hobi ini, adalah untuk menghapuskan penyerang roket ke penempatan haram mereka.
Dah tu boleh bangga pula mendakwa telah berjaya menghapuskan sasaran penyerang roket tu. Cuba lihat wajah penyerang roket yang kononnya telah berjaya dihapuskan Israel:
Monday, November 19, 2012
PAS doakan DAP K.O
DAP yang lebih awal telah mengisytiharkan Anwar Ibrahim sebagai PM jika menang PRU13 nanti, tiba-tiba pada hari yang sama di dalam muktamar, PAS dengan gopoh hendak naikkan Presidennya, Hadi Awang sebagai PM pula?
Namun hari ini DAP dengan selamber badak tempeleng kepala-kepala ulama PAS dengan menegaskan pendirian, Anwar sebagai pilihan utama DAP menjadi PM.
"Siapa saja boleh minta orang lain tapi kami tetap mau dia" kata Guan Eng di lobi Parlimen tadi.
Hadi-Nik Aziz Lebih Besar Dari Sultan Kelantan
Dari kenyataan Hadi Awang menganggap solat hajat dan mendoakan kehancuran BN itu tidak salah kerana mereka hendak melawan kezaliman dan penindasan di negara ini??
Persoalan utamanya bukan intipati doa tersebut, tapi ALASAN yang diberikan oleh Hadi Awang tentang mengapa doa sedemikian dibacakan.
Jadi puak-puak pakatan, terutamanya PAS janganlah terlalu awal bersorak mendabik dada kononnya BN-UMNO tengah gelabah setelah doa tersebut dibuat.
Sunday, November 18, 2012
DAP setuju Hadi PM? PAS Hoorayy!
Kesimpulan yang dapat di lihat dari muktamar PAS kali ke 58 ini, adalah ia menjadi medan tungkus lumus para pemimpin PAS untuk mendapatkan kembali kepercayaan para ahlinya yang semakin terhakis dan goyah sejak akhir-akhir ini.
Mereka cuba menggambarkan kepada para ahlinya bahawa PAS adalah sebuah parti dominan dalam Pakatan dan bukan "Parti Pak Turut" yang tunduk kepada DAP-PKR.
Friday, November 16, 2012
Dua Sultan Tegur Nurul Izzah
Titah yang disampaikan memang secara umumnya sebagai peringatan kepada rakyat jelata khususnya yang beragama Islam.
Namun begitu isi titah dua Sultan dilihat banyak menyentuh isu yang mula ditimbulkan oleh Nurul Izzah dengan kenyataan kontroversi di sebuah forum bertajuk " Negara Islam: Versi Mana; Tanggungjawab Siapa?".
Thursday, November 15, 2012
Guling BN Lebih Penting Dari Isu Kebebasan Agama??
Semakin melalut puak PAS ni semenjak berada di dalam gerombolan pakatan haram. Seperti yang sudah kita lihat beberapa isu besar sebelum ini apabila rakan dalam pakatan sendiri yang memperlekehkan agama Islam mereka anggap sebagai perkara remeh sahaja?
ANGKASA: Bumi Tak Jadi Bergelap 3 Hari!
Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) telah memaklumkan bahawa fenomena yang sedang digembar-gemburkan di alam maya tentang bumi akan bergelap selama 3 hari adalah andaian semata-mata.
Berita dakyah ini bermula dari sebaran video yang kononnya dari pihak NASA. Namun hakikatnya video tersebut telah dimanipulasikan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.
Saturday, November 10, 2012
Utusan Diberi Notis 48 Jam!
Menurut peguam Nurul Izzah, saman terhadap Utusan Malaysia, Berita Harian dan beberapa blog akan tetap diteruskan yang kononnya telah memutarbelitkan kenyataan beliau di dalam sebuah forum minggu lalu.
Idris Haron Balun Pakatan Cedok Ayat Al-Quran Ikut Suka
Ahli Parlimen Tangga Batu, Datuk Ir. Idris Haron BALUN habis sikap puak pakatan terutamanya ulama celop dan ustaz/ustazah mi segera yang gemar mencedok ayat al-Quran separuh-separuh tanpa memahami maksud sebenar keseluruhan ayat dalam sesuatu surah.
Friday, November 9, 2012
Bapak Cerita Lain Anak Cerita Lain
Pakatan memang terkenal dengan mengeluarkan kenyataan yang bercelaru di dalam menangani banyak isu yang membelenggu parti. Jelas tiada kesepakatan wujud di antara mereka sudah pun kita lihat dalam pandangan mereka mengenai kemasukan projek RAPID di Pengerang. Sekejap cakap tolak projek, sekejap cakap terima. BACA SINI mengenainya.
Kali ini dalam kemelut Nurul Izzah ni pun timbul pula kecelaruan pendapat antara Timbalan Ketua Pemuda PAS, Nik Abdul Abduh DENGAN bapanya sendiri Mursyidul Am PAS, Nik Aziz.
Nurul & Anwar Terperanjat Beruk Barisan Peguam Utusan?
Media yang mula-mula sekali menyiarkan berita kenyataan Nurul Izzah ini adalah Malaysiakini. Tapi mengapa hanya Utusan sahaja yang bakal menghadapi tindakan disaman.
Menuduh Utusan memutarbelit kenyataannya TIDAK LAGI LAKU setelah video ucapannya tersiar meluas di dalam blog dan portal. Jadi apa tujuan meneruskan saman ni?
Thursday, November 8, 2012
PAS Suka Melayu Murtad
Apa lagi penghinaan yang ingin dilakukan oleh puak pakatan terhadap kesucian agama Islam selepas ini? Lepas satu perkara, datang lagi perkara yang lain yang jelas dilihat oleh mata kepala rakan mereka sendiri dalam Pakatan, terutamanya PAS.
Bila terkantoi, mulalah membuat seribu tuduhan dan penafian yang kononnya kenyataan mereka telah diputar belit oleh media dan blog.
Tuesday, November 6, 2012
MP Pakatan "Murtad"
Dah menjadi satu kewajipan bagi pakatan memperlekehkan kedaulatan bangsa, agama dan negara dalam setiap ceramah mereka. Dari pengamatan perisik, rata-rata teks ucapan mereka berkisahkan kepentingan pola kependudukan di lokasi tertentu berdasarkan pecahan kaum dan agama.
Sebabnya bila mereka masuk kawasan majoriti melayu, dinyanyikan lagu sedap-sedap bagi orang melayu mendengar. Bila kawasan majoritinya cina, lagu pun berubah dengan lagu nak bagi kaum cina seronok. Bila masuk kawasan majoriti India, intipati ceramah pun sekadar nak bagi sedap kaum india mendengar.
Thursday, November 1, 2012
MP Pakatan Melacur Di Singapura?
Kalau tak "melacur" bukan pakatan namanya! Perkara ini tidak asing bagi rakyat setelah melihat sendiri banyak gerakan pakatan yang sanggup melacurkan kedaulatan negara untuk ke Putrajaya.
Antaranya tindakan mereka menerima dana asing dari organisasi Yahudi bagi menghuru-harakan Malaysia. Hanya pengkhianat jer buat kerja ni semua. BACA SINI.
Kemana Hilangnya Telor Mazlan Aliman?
Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata..?
Tuesday, October 30, 2012
Keimanan Pemimpin PAS macam "Biskut"
Riuh barisan kepimpinan PAS-PKR (yang Ber"iman") mengenai isu hudud kali ni. Malangnya apa yang RAKYAT dapat lihat pada keikhlasan dan keIMANan para pemimpin PAS-PKR dalam isu hudud ni tak ubah macam biskut..Sekejap ada..sekejap tiada.
Orang-orang PAS sendiri yang duduk kat bawah tu geleng kepala dengan lagak sufi para pemimpin mereka di atas. Kerana sebelum ini rakan mereka sendiri, Karpal Singh dari DAP, terang-terang menentang usaha PAS mengenai hudud, negara Islam dll.
Kempen Sedap Telinga
Apa punya menifestolah Pakatan jaja dalam jelajah "1Malaysia" mereka? Tak habis-habis berkempen retorik sekadar nak bagi sedap telinga mendengar. Taktik ni bukan puak pembangkang dah guna ke masa kempen PRU12.
Berjanji bulan dan bintang. Last-last rakyat yang mengundi, tepuk dahi menyesal tak sudah-sudah. Kerana apa yang dijanjikan mereka hanya gah di atas pentas dan kertas sahaja.
Berjanji bulan dan bintang. Last-last rakyat yang mengundi, tepuk dahi menyesal tak sudah-sudah. Kerana apa yang dijanjikan mereka hanya gah di atas pentas dan kertas sahaja.
Tuesday, October 23, 2012
Mazlan Aliman Mengigil Menanti Surat Saman
![]() |
Mapiau..mapiau..mapiau |
Ketika temubual di Parlimen tadi, Mazlan Aliman berkata hanya menunggu writ saman peguam dari pihak Azalina sampai kepadanya. "Saya tidak akan mohon maaf pada dia (Azalina)...Kalau dia teruskan juga saman ini saya ada bukti dan akan buka (dedahkan)" Tambahnya lagi. Tapi apsal lu cakap mengigil..Hahaha.
PELIK!: Malam Tanpa Siang Selama 3 Hari Seluruh Dunia?!!
Monday, October 22, 2012
Mazlan Aliman Tunjuk Dokumen RAPID!
Sewaktu berucap di dataran Sg Rengit, Mazlan telah mengeluarkan kenyataan gali kubur apabila menuduh Azalina terlibat dalam projek RAPID. Kononnya ada bukti dokumen mengenainya. BACA SINI.
Thursday, October 18, 2012
DAP Perlekeh Islam, PAS suka?
Panas kepimpinan PAS sekarang apabila semakin ramai ahli-ahli akar umbi mereka mula naik angin selepas kesilapan demi kesilapan yang dilakukan oleh parti junjungan mereka terdedah dengan sendiri.
Mereka mahu dasar perjuangan parti kembali kepada kepimpinan awal PAS! Bukan apa yang telah dibawa masuk oleh kumpulan-kumpulan Erdogan yang menjadi kuda tunggangan Anwar.
Wednesday, October 17, 2012
Anwar Selamber Terajang Jui Meng!
Kenyataan awal menolak RAPID, kenyataan lain pula kata terima?? Lepas tu kenyataan awal desak pindah RAPID, tiba-tiba dalam kenyataan lain hendak kekalkan pula??
Status Pemain Badminton No 1 Negara Bakal Berubah
Setelah 11 tahun berkawan dengan teman wanitanya yang juga pemain badminton negara, Mew Choo. Akhirnya STATUS Chong Wei bakal berubah daripada "bujang" kepada "berkahwin" atau omputih cakap daripada "available" kepada "not available".
Beribu-ribu ucapan tahniah menghujani Facebook Chong Wei selepas berita perkahwinannya menjadi sensasi di akhbar dan blog-blog.
Sunday, October 14, 2012
Punca Empangan Selangor Kering Terjawab
Disebabkan terlalu banyak KEGAGALAN dihadapi oleh pembangkang dalam memburukkan kerajaan, pemimpin pakatan telah menyeru semua ahli-ahli mereka mandi bunga beramai-ramai.
Saturday, October 13, 2012
!! Bantulah Adik Adam !!
Adik Adam atau Ahmad Adam Syukri sedang kritikal mengalami kerosakan pada saraf otak sejak dilahirkan pada 4 March 2012.
Sumbangan dari anda semua diharap dapat meringankan beban ibu Puan Noraisyah yang telah mengambil cuti tanpa gaji bagi menanmpung kos perubatan adik Adam.
Ramai Pengundi Cina Mula Menyesal Pilih Pakatan
Mereka yang mengundi Pakatan PRU lepas adalah kerana termakan atau terpedaya dengan manifesto serta janji-janji yang diucapkan. Sehingga hari ini tiada satu pun janji-janji yang terlaksana dan rakyat yang memberi mandat pula menanggung keperitan.
Friday, October 12, 2012
Pertubuhan ANAK Haram Di Malaysia!
ANAK yang sudah menggerakkan propaganda bertahun-tahun menganggu keharmonian dan kemajuan FELDA selama ini rupanya pertubuhan yang tidak sah! Macam mana pertubuhan yang tidak berdaftar ni masih dibiarkan beroperasi!
SUARAM Dikantoikan Mahkamah Perancis
Main sebat je mainkan isu tanpa memikirkan sama ada maklumat yang diterima itu benar atau sebaliknya. Kesudahannya dokumen yang NGO SUARAM cipta sendiri pada 13 Mac 2012 dan serahkan kepada mahkamah Perancis telah ditolak bulat-bulat oleh institusi pengadilan disana. Kantoi!
Thursday, October 11, 2012
Pakatan Dibogelkan Nasharuddin
Tertanggal kopiah, songkok dan serban orang-orang PAS apabila mendengar sendiri kenyataan Nasharuddin mengenai permasalahan ummah negara ini yang berpecah-belah kerana gilakan kuasa.
Ucapan spontan Nasha selama 20 minit di dewan PWTC tempoh hari secara umumnya adalah untuk menyedarkan kita tentang Kedaulatan Islam di negara ini yang semakin terhakis.
Tuesday, October 9, 2012
DIN PUDU Mengigau Di Siang Hari
Kenyataan Media semalam di Parlimen..Din Pudu cakap :
"Kita tidak pernah menolak pembangunan di Pengerang. Jaminan saya, RAPID Petronas boleh meneruskan pembangunannya di Johor. Saya tetap berpandangan sekiranya Pakatan diberikan amanah tadbir Johor, mereka boleh membangunkan Pengerang ataupun mana-mana tempat di negeri itu. Tak timbul soal isu nak memindahkan RAPID ke tempat lain atau kita menolak projek ini,"
Ahli-ahli PAS Desak KELUAR PAKATAN?
Tak perlu kita renung jauh kebelakang untuk membuktikannya, kerana apa yang berlaku sekarang, cukup untuk menggambarkan secara keseluruhan bahawa perjuangan dan gerakan ketiga-tiga parti ini adalah mengikut haluan terasing dengan bertopengkan nama Pakatan.
Monday, October 8, 2012
DAP ~BeGeGaR~ Enam Cawangan Terbubar
Kali ini, mereka digegarkan pula dengan pengumuman pembubaran enam cawangan DAP di sekitar Sepang oleh Bekas Pengerusi DAP Taman Sri Sungai Pelek, Tan Tuan Tat. Tindakan ini berpunca daripada masalah dalaman DAP yang tidak mempunyai persefahaman, gila kuasa, mementingkan kroni dan rasuah.
Sunday, October 7, 2012
Lebih 4 Tahun Tak Siap-siap Rancang Kabinet Bayangan??

Datuk Mustafa Ali ketika ditemuramah mendakwa yang utusan dan blog-blog tersebut sengaja mereka-reka senarai kabinet bayangan berkenaan dengan niat meruntuhkan persefahaman parti PAS-PKR-DAP.
Subscribe to:
Posts (Atom)