Tuesday, January 23, 2018

Rakyat Terpilih Pemimpin Kaki Lakon


Nasib yang sedang diselubungi oleh kalangan pengundi yang berada di bawah negeri-negeri pimpinan pakatan Selangor dan Penang. Perkara serupa juga berlaku di Kelantan bawah pemerintahan Kelantan. Rata-rata pemimpin yang dipilih hanya sekadar berlakon buat-buat sibuk berkerja dari melaksana dan menampilkan hasilnya.

Bila banyak sangat berlakon, kesudahannya banyak kerja-kerja tertunda bertimbun. Kesudahannya pertolongan yang rakyat harapkan dari pemimpin pakatan tak kunjung tiba. Bila pengundi mula marah dan mempersoalkan kredabiliti pemimpin pakatan. Maka mulalah siri lepas tangan dan mengalihkan isu dengan mencipta isu fitnah terhadap kerajaan BN.

Friday, January 19, 2018

Siapa PM? Harapan Mahu Anwar Atau Mahathir?


Sudah macam-macam gila berlaku dalam pakatan harapan akhir-akhir ini. Dalam kekalutan untuk menentukan kabinet bayangan serta tidak dapat memuktamadkan siapa Perdana Menteri jika pakatan memerintah.

Di kalangan kepimpinan pakatan sendiri tampil dengan pelbagai nama yang mahu dinobat sebagai Perdana Menteri berikutnya. Ada yang mahukan penjenayah peliwat, Anwar Ibrahim sebagai PM. Ada yang mahukan Mat Sabu. Ada pula yang sebut Nurul Izzah. Tapi paling terkini nama Tun Mahathir pula disebut-sebut semula.