Wednesday, December 20, 2017

Bacul Bertanya Antara Sebab Mengapa Muhyiddin Dipecat


Ramai pula acah simpati pada apa yang berlaku pada Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas beliau dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri. Beliau dilucutkan ketika isu 1MDB sedang hangat diperkatakan dan menjadi bahan fitnah pembangkang. Malah ramai juga dikalangan ahli UMNO termakan dengan dakyah tersebut.

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa dalam Program Diskusi UMNO-Online bertajuk Pasca PAU 2017 mendedahkan situasi sebenar yang membawa kepada pemecatan Muhyidin. 


Saturday, December 9, 2017

Kelantan Lemah Dibawah Pentadbiran PAS


Itu yang ketara dapat kita lihat sepanjang 22 tahun pentadbiran PAS di Kelantan. Tiada kemajuan drastik dari segi insfrastruktur diketengahkan, tiada peluang pekerjaan baru dibentuk, malah aliran masuk pelaburan juga rendah di Kelantan. 

PAS yang dikatakan menjulang Islam. Hanya sekadar retorik di atas pentas-pentas ceramah dan politik. Banyak diucap di bibir dan di atas kertas. Namun tiada satu berjaya direalisasikan dengan jayanya. Kesudahannya Kelantan bagai sengaja dibiarkan mundur dengan kurangnya peluang pekerjaan dan tiada janaan pendapatan baru bagi kerajaan negeri.

Thursday, November 30, 2017

Kesan Kerosakan DAP Setelah Berkuasa



Kerosakan yang dinyatakan ini bukanlah pada fizikal semata-mata. Malah pada usaha licik merosakkan pemikiran sesebuah kaum. Perkara ini disuarakan oleh Timbalan Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Mejar Datuk Huan Cheng Guan.

Beliau berpendapat DAP telah hilang arah dan lari dari matlamat asal ketika mula-mula memegang kuasa di Pulau Pinang. Segala ayat manis yang ditabur hanya kata-kata kosong sekadar memancing undi pada PRU2008. Setelah berkuasa segala laungan bak hero rakyat kononnya hendak membasmi korupsi, memajukan negeri dan memelihara kebajikan kaum melayu dan india hilang entah kemana.

Monday, November 27, 2017

Orang Melayu Berpadalah Berbeza Pendapat Jangan Sehingga Melemahkan Perpaduan



Situasi politik masa kini terutama dikalangan orang melayu hanya tampak gah dibibir hakikatnya semakin melemah saban hari akibat perpecahan. Kita sesama bangsa saling bercakaran sehingga terleka nasib orang melayu di robek oleh bangsa lain.

Perkara ini turut menjadi kebimbangan Sultan Johor, Sultan Ibrahim yang bimbang akan kepincangan perpaduan dikalangan melayu yang banyak dipengaruhi oleh politik ekstimis. Taksub yang melampu hingga lupa nilai-nilai murni dan kekeluargaan yang perlu dipelihara.

Saturday, October 21, 2017

Negara Tergadai Kerana Projek Taman Perindustrian Malaysia-China Di Kuantan?



Penipuan demi penipuan acapkali kita dengar dari Tun Mahathir. Dari kisah 1MDB, kisah Forest City, kisah Altantuya dan sehingga kisah Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah juga difitnah beliau. Penyokongnya pula tumpang sekaki menambah rencah dalam siri fitnah jajaan ketua mereka.

Terbaru Malaysia China Kuantan Industrial Park (MCKIP) telah dijadikan sasaran terbaru fitnah beliau. Sekali lagi ayat Malaysia tergadai dijadikan modal dalam memburukkan imej Kerajaan BN bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak. Ramai pula terpengaruh dengan dakyah dan laporan palsu tersebut.

Thursday, October 19, 2017

DAP Membela Islam? Jangan Lupa Fakta Ini



Mengatakan parti chauvanis DAP sebagai membela Islam bukan sahaja dilihat pelik oleh orang melayu. Malah kaum cina sendiri merasa lucu dengan kenyataan begini. Apakah kita hendak membiarkan diri diperbodohkan dengan mainan wayang DAP ini.

Kerana kita perlu ingat bahawa tiada istilah membela Islam dalam agenda DAP. Cuba memahami Islam itu sendiri pun mereka mengambil sikap acuh tidak acuh. Agenda Islam pun mereka tentang habis-habisan. Bagaimana mungkin mereka jadi hero bagi umat Islam.

Monday, September 25, 2017

Tidak Berjawatan Tapi Memerintah


Itulah gambaran kita lihat pada gerakan DAP dalam usaha menguasai politik tanah air. Jika ingat pada kemenangan pakatan menguasai Perak dalam PRU lepas bukan sahaja mengejutkan ramai pihak.

Apa yang lebih mengejutkan adalah gerak licik DAP yang seakan dorman hakikatnya tetap berkuasa dalam menentukan dasar dan pemerintahan negeri. Banyak kejutan perubahan dasar dan siri kebiadapan dilakukan oleh pakatan ini.

Thursday, September 14, 2017

Bukan Mudah Menjadi DS Najib


Sebelum dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia Ke-6 lagi. Datuk Seri Najib Tun Razak telah diserang dengan pelbagai tohmahan dan fitnah liar. Sehingga kalangan keluarga juga turut dijadikan sasaran pihak pembangkang sebagai modal merosakkan imej beliau sebagai Perdana Menteri kini. 

Isu pembelian kapal selam scorpene telah dijadikan peluru buat pembangkang dalam menanam persepsi buruk diminda rakyat Malaysia terhadap DS Najib. Tidak cukup dengan itu, pihak pembangkang mengaitkan pula isu kematian model Mongolia, Altantuya dengan pembelian kapal selam ini.

Thursday, August 24, 2017

Bagi Chan Lah Rafizi Fitnah Sebelum Ke dalam


Umum tahu Rafizi sedang menghitung hari sebelum dipenjara. Kesnya kerana langgar akta OSA hanya tinggal rayuan peringkat mahkamah persekutuan. Jika rayuan ditolak maka nasib Ahli Parlimen Pandan itu akan berakhir di Penjara Sungai Buloh seperti bosnya Anwar Ibrahim.

Dalam keadaan saat akhir begini pun. Beliau galak melakukan ceramah jelajah dengan trak ke setiap kawasan-kawasan pekan dan felda bagi menyebarkan fitnah. Macam biasa, ceramah beliau gagal menarik penduduk setempat datang mendengar. Kedengaran sayu tepukan tak semegah dari 20-30 penyokong dan pegawai petugas jelajah itu sendiri.

Wednesday, August 9, 2017

Asas Perjuangan PPBM Adalah Fitnah Semata-mata



Apakah PPBM atau parti bunga tidak belajar dari kesilapan rakan baru mereka dalam pakatan? Cubaan menjatuhkan seseorang dengan fitnah lambat laun akan terjatuh dengan fitnah itu sendiri. Mana mungkin kita lupa dengan fitnah yang dilakukan oleh Tun Mahathir, Tan Sri Muhyiddin, Ainina dan Khairudin. 

Serangan awal bermula melalui Tun M yang semberono menyebut jumlah kerugian 1MDB. Bila diminta bukti, kesipuan untuk menunjukkannya. Kerana langusung tiada bukti. 

Tuesday, July 25, 2017

Disebalik Carta Barisan Kepimpinan Pakatan



Benda pertama yang terpacul di kalangan netizen apabila melihat carta kepimpinan baharu pakatan ini adalah LAWAK! Bagaimana tak lawaknya jawatan paling utama diwujudkan sehingga tiga? Ini bukan syarikat konglomerat atau multilevel yang perlukan posisi jawatan sedemikian.

Jawatan-jawatan terbabit adalah Pengerusi, Tun Mahathir, Presiden, DS Wan Azizah dan Ketua Umum, DS Anwar Ibrahim. Imej parti anak beranak teserlah apabila Suami Isteri memegang jawatan Pakatan Harapan tertinggi dalam parti.  Bertambah lawaknya kerana nama pesalah liwat diletakkan ditahap tertinggi untuk mengepalai ahli-ahli pakatan harapan. 


Monday, July 17, 2017

PPBM sekadar pak turut dalam pakatan


Kehebatan dengan mempergunakan nama mantan perdana menteri, Tun Mahathir tidak berapa menjadi bagi Parti Pertubuhan Peribumi Bersatu Malaysia atau lebih dikenali sebagai Parti Bunga dikalangan netizen.

Gabungan Bunga dalam pakatan harapan hanya sekadar mainan politik bagi menumpang populariti kelompok pembangkang yang telah diraih sejak tsunami politik 2008. Bunga pula dilihat masih terkapai-kapai dan mentah di pentas pembangkang. 

Monday, July 10, 2017

Mahathir Belayar Di Dataran Tandus


Segala langkah diambil untuk menjatuhkan DS Najib menjadi sumbang. Dari cubaan serang dengan isu 1MDB, BR1M hinggalah ke Kapal Selam Scorpene. Segalanya terbantut dengan sendirinya.

Tiada usaha keras perlu dilakukan. Semua niat jahat terbongkar dengan sendiri. Dalam isu 1MDB pelbagai tohmahan dilempar. Namun jumlah dimainkan oleh pihak Mahathir sendiri tidak konsisten. Awal tuduhan RM30 billion kemudian RM40 selepas itu RM50billion.

Bila ditanya mana buktinya. Beliau jawab "TIADA".

Sunday, June 25, 2017

WSJ Kitab Rujukan Pembangkang Jatuhkan BN


Kegiatan akhbar berpangkalan di Amerika, Wall Street Journal ini yang menyerang kepimpinan kerajaan BN dan UMNO khususnya bukanlah sesuatu yang baharu. Sebelum media sosial menjadi terkenal iaitu sebelum Facebook dan Twitter menjadi trend dalam sebaran maklumat. WSJ telah pun memainkan peranan dalam mengkritik keras dasar yang di bawa oleh kerajaan Malaysia.

Antara sasaran WSJ adalah mengenai dasar keistimewaan orang melayu dan bumiputera serta beberapa intipati dalam perlembagaan kita. Reputasi WSJ yang terkenal sebagai akhbar rujukan antarabangsa, sebenarnya adalah alat propaganda sayap pembangkang di beberapa negara teluk, asia tenggara dan benua afrika.

Saturday, June 17, 2017

Hari Ni Sokong LGBT Esok Derma Kurma


Takkan tak nampak-nampak lagi dengan wayang puak pembangkang. Lihat sahaja reaksi pemimpin pakatan dalam isu-isu yang berlaku kebelakangan ini. Sekejap macam malaikat,sekejap macam setan. Apakah Malaysia perlu pemimpin split personaliti begini? 

Kepura-puraan pemimpin pembangkang dalam mendepani rakyat terutama umat Islam bagai kitaran yang tak berkesudahan. Pada suatu ketika mereka biadap mencabar kalimah Allah, mereka biadap menghina para ulama. Keesokan harinya mereka pergi ke sekolah agama derma dana, pergi ke bazar Ramadhan derma kurma.

Friday, June 9, 2017

Masih Bercelaru Walaupun Tiga Kali Bentuk Pakatan



Kepimpinan pakatan masih gagal mencapai kata sepakat dalam membentuk dasar bersama demi rakyat. Dari semenjak kewujudan Barisan Alternatif ke Pakatan Rakyat hinggalah kini dalam Pakatan Harapan mereka tetap terpinga-pinga dalam mencari hala tuju bersama. 

Ini kerana, setiap parti komponen pakatan mempunyai agenda dan kepentingan tersendiri. DAP dengan agenda hapuskan hak istimewa. PKR dengan agenda bebaskan Anwar. PAN yang sekadar pak turut DAP. Manakala PPBM pula sibuk menjaga kepentingan kroni serta memenuhi nafsu kuasa Tun Mahathir. 

Sunday, May 28, 2017

Kit Siang Panik Dokumentasi Tentang Beliau Rasis Bakal Diedar


Lim Kit Siang (LKS) semakin tidak senang duduk dengan tindakan Tan Sri Annuar Musa (TSAM) yang bakal menghasilkan buku mengenai sikap rasis pemimpin kanan DAP tersebut. Pelbagai usaha dilakukan oleh LKS bagi memburukan TSAM di media sosial dan portal online namun dokumentasi mengenai beliau tetap akan disiapkan bagi rujukan rakyat.

Perkembangan ini bukan sahaja meresahkan LKS malah seluruh DAP memandangkan usaha mereka untuk membersihkan imej rasis akan terbantut. Kita sudah masak dengan wayang dimainkan oleh DAP dalam memberi bantuan kepada sekolah tahfiz dan biasiswa kepada anak melayu. Semua ini hanya berlaku bermusim. Di masa lain, para peniaga melayu terus ditindas di Pulau Mutiara terbabit.

Wednesday, May 17, 2017

Kecelaruan Bakal PM Dari Pakatan Harapan


Segala seginya bercelaru dalam Pakatan. Dalam hal GST pun lintang pukang ketetapan mereka. Sebelum ini bukan main beriya-iya puak pakatan dalam memburukan perlaksanaan GST. Pelbagai kempen dan himpunan dilakukan bagi menggambarkan yang rakyat terseksa dengan GST. Tidak semena-mena Nurul Izzah mengatakan akan mengekalkan GST jika Pakatan memerintah baru-baru ini.

Ramai kalangan penyokong pakatan terkedu dengan kenyataan Ahli Parlimen Pantai terbabit. Mereka merasakan segala kos dan tenaga yang dikeluarkan dalam kempen anti-GST terus dibakulsampahkan oleh Nurul dengan mudah. Mereka merasakan jika GST kekal, apa gunanya ubah kerajaan. 

Monday, May 15, 2017

Mesej Tersirat Disebalik "Becoming Hannah"


Tiada apa yang perlu dibimbangkan pada sebuah buku. Mungkin itu yang terdetik difikiran ramai diantara kita. Buku Becoming Hannah tampak buku biasa seperti nukilan biografi atau memoir tokoh-tokoh lain tanah air. Kebiasaan inilah yang membuatkan kita alpa sehingga secara tidak sedar telah membiarkan benih kerosakan membiak.

Kita sedia maklum dengan genre buku yang ada dipasaran. Ada seram, politik, agama, ekonomi, sains, komputer, pelancongan, memasak, fiksyen dan bermacam-macam lagi. Apa yang pasti buku-buku yang dihasilkan ini bukan sebagai penyendal pintu. Ia juga bukan sekadar bahan bacaan suka-suka. 



Friday, May 5, 2017

Biadap Main Hon! Jawabnya Hempuk Kepala Dengan Kon!


Nak tunjuk samseng tak kena tempat! Kejadian yang berlaku di salah sebuah masjid di Austin Height, Johor Bahru. Pemandu kereta toyota camry didakwa membunyikan hon tanpa henti sewaktu jemaah sedang solat Jumaat.

Video dipaparkan jelas menunjukkan orang ramai berang dengan kebiadapan pemandu terbabit yang tidak menghormati jemaah tengah mengerjakan solat. Bila ramai mengerumun, mula kelam kabut hendak melepaskan diri sehingga hampir melanggar orang awam. 

Thursday, May 4, 2017

Idea Logo Pakatan Harapan Di Kecam Netizen


Semalam Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli telah memuat naik beberapa logo ke facebooknya. Logo-logo terbabit adalah cadangan kepada lambang Pakatan Harapan. Dia mohon orang ramai pilih logo mana yang terbaik untuk pakatan daftarkan dan seterusnya digunakan untuk PRU akan datang.

Harapan untuk mendapat pandangan orang ramai berubah menjadi program kecam berjemaah. Pelbagai kritikan keras diajukan ke garis masa beliau yang mempertikaikan kualiti hasil kerja logo tersebut. Seperti melepaskan batok di tangga sahaja.

Friday, April 28, 2017

Annuar Musa Perinci Isu Tajaan Pada Jawatankuasa Audit Dalaman MARA


Isu The Red Warriors (TRW) yang didakwa menerima penjaan dari MARA bakal berakhir, hanya menunggu laporan siasatan audit sahaja. nampak sangat isu ini diputarbelit dengan jahat bagi mencalar imej Tan Sri Annuar Musa yang merupakan Pengerusi MARA. Kini digantung tugas sehingga siasatan selesai.

Bila diperhatikan bukan isu TRW sahaja yang dijadikan perluru oleh penyerang hendap ini. Malah Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) juga turut dijadikan modal bagi memastikan momentum serangan berterusan terhadap Annuar.

Monday, April 24, 2017

Banner Pertabalan Agong: MCA Bukan DAP


MCA pusat pantas menegur, Cawangan MCA Taiping berkaitan kesilapan banner majlis pertabalan Agong yang digantung semalam. Pihak MCA Taiping segera bertindak turunkan banner tersebut dan tidak lama selepas itu menggantikan dengan yang sudah dibetulkan.

Tiada masalah atau kesilapan dikesan pada cawangan MCA ditempat lain. Hanya satu cawangan sahaja terkilaf dan ternyata ia adalah tidak disengajakan. Jika MCA dengan niat sengaja, sudah tentu beberapa cawangan lain akan turut melakukannya. Tapi tidak berlaku begitu.

Thursday, April 13, 2017

Ka Siong Dedah Hipokrasi DAP Terhadap RUU355


DAP dalam serangan melalui Ahli Parlimen Seputeh, Yb Teresa Kok kepanasan apabila disindir Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Wee Ka Siong dalam isu kaitan RUU355.  Kerana ini bukan pertama kali RUU355 dipinda. Ka Siong mendedahkan pemimpin DAP Lim Kit Siang dan Karpal Singh langsung tidak berdecit mempertikaikan pindaan RUU pada tahun 1984 dan 1989. 

Mengapa pindaan kali ini DAP terkinja-kinja tak tentu hala! Ternyata pendedahan Ka Siong yang juga Timbalan Presiden MCA ini telah meresahkan barisan bikin kepoh DAP yang kantoi menggunakan RUU355 ini sebagai alat publisiti politik murahan. 

Wednesday, April 12, 2017

RUU355 Hanyalah Alasan! Matlamat Sebenar DAP Lebih Jauh!

Related image
Perisik sudah jelaskan dalam artikel sebelum ini yang menulis mengenai hipokrasi DAP dalam pembentangan RUU355. Kerana DAP serta konco-konconya seperti parti PAN dan NGO tidak habis-habis memutarbelitkan yang RUU355 ini adalah Huduh. 

Bila sudah diperjelaskan bahawa RUU355 ini adalah bagi memperkasakan mahkamah syariah. Mereka menafikan juga dengan menuduh bahawa RUU355 ini adalah batu loncatan pada perlaksanaan hudud. Apa jua penjelasan yang diberikan, tidak dapat merubah matlamat mereka yang ingin merosakkan kedaulatan agama Islam sebagai agama persekutaan.

Wednesday, March 29, 2017

Lim Kit Siang Rasis & RM50ribu


RM50,000!! Itulah tawaran ganjaran yang dibuka kepada orang ramai bagi menulis mengenai ahli parlimen Gelang Patah DAP, Lim Kit Siang. Pengumuman mengenai pertandingan ini dibuat sendiri oleh Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Tan Sri Annuar Musa.

Sebelum ini ganjaran awal adalah RM10,000. Bila ganjarannya meningkat kepada sekarang, ia mendapat perhatian wartawan dalam dan luar negara. Pemenang akan dipilih berdasarkan fakta-fakta yang mengaitkan bertapa rasisnya Lim Kit Siang ini dalam setiap ucapan dan tindakan samada direct atau indirect.

Saturday, March 25, 2017

Bincang iktiraf UEC Lalui Fasa Baru


Isu Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) yang kembali panas sejak kebelakangan ini. Telah menjadi topik perdebatan antara pihak setuju dengan tidak dalam mengiktiraf UEC ini. Perkara ini turut mendapat perhatian Kementerian Pendidikan setelah ahli parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa membawa hal ini ke Dewan Rakyat untuk dibahaskan.

Dakwaan UEC tidak diiktiraf di negara ini adalah nista tanpa kajian mendalam serta memahami struktur pendidikan persendirian yang sudah wujud di negara kita sebelum merdeka lagi. 

Thursday, March 23, 2017

Undur Dari Saingan Kerusi Presiden FAM! Annuar Musa Tepati Janji!


Ramai terkejut dengan pengumuman Tan Sri Annuar Musa (TSAM) menarik diri dari merebut kerusi Presiden FAM bagi sesi 2017-2021. Rupa-rupanya perkara ini sudah pun dicatur awal oleh TSAM tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Semua telah diperjelaskan dalam sidang media khas baru-baru ini. 

Beliau mendedahkan kepada media bahawa pada 16 November tahun lalu, satu pesanan teks SMS telah dihantar kepada Tengku Mahkota Johor (TMJ) bagi mencadangkan baginda memegang jawatan Presiden FAM.

Wednesday, March 22, 2017

SPAD Respon Pantas Cekup Pemandu Bas Samseng!


Pada 19 Mac lalu pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah menerima aduan berkaitan rakaman video pemandu bas ekspres yang memandu dalam keadaan berbahaya di laluan Lebuhraya Karak. 

Video yang menjadi tular di laman Facebook itu telah disiasat dan tindakan susulan telah diambil pada hari yang sama. Kes disiasat di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010.


UEC: Jangan Takrif Dengan Emosi!


Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) bukanlah sesuatu yang baharu di negara ini, ia sijil peperiksaan yang dilaksanakan di 60 buah sekolah persendirian cina. Yakni Sekolah-sekolah persendirian yang bernaung di bawah satu gabungan yang dikenali sebagai Dong Zong. 

Mendengar saja nama Dong Zong, bagai taboo dikalangan masyarakat terutama pro kerajaan. Ini berikutan beberapa siri tindakan Dong Zong terlalu berkeras dan mencabar dasar-dasar kerajaan yang tidak selari dengan sistem pendidikan persendirian mereka.