Thursday, October 18, 2012

DAP Perlekeh Islam, PAS suka?


Panas kepimpinan PAS sekarang apabila semakin ramai ahli-ahli akar umbi mereka mula naik angin selepas kesilapan demi kesilapan yang dilakukan oleh parti junjungan mereka terdedah dengan sendiri.  

Mereka mahu dasar perjuangan parti kembali kepada kepimpinan awal PAS! Bukan apa yang telah dibawa masuk oleh kumpulan-kumpulan Erdogan yang menjadi kuda tunggangan Anwar.


Gerakan kumpulan Erdogan di dalam PAS inilah yang:
  • Mengubah dasar negara Islam kepada negara kebajikan. 
  • Membiarkan ayat al-Quran dijadikan senjata politik dalam ucapan wakil-wakil DAP.  
  • Mendiamkan sahaja apabila DAP membantah laungan azan di sebuah Masjid di Kinrara.
  • Membiarkan sahaja DAP mempermainkan surau dan masjid seperti gambar di atas.
  • Memperbodohkan ahli-ahli PAS mendengar tazkirah dari bukan Islam 
  • Membatu sahaja apabila terang-terang DAP ini menolak hudud.
  • Membutakan mata apabila secara terbuka ahli DAP terlibat dalam cubaan murtadkan orang Islam di sebuah Gereja di Subang Jaya.
  • Membawa masuk barisan kepimpinan yang mempunyai rekod salah laku seks ke dalam parti.
  • Membolehkan kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam. 
  • Mendiamkan sahaja bila rakan sekutu mereka menerima dana dari Yahudi.
  • Membolehkan Anwar Ibrahim menentukan hala tuju PAS. 
  • Menyekat umat Islam daripada bersatu (PAS-UMNO) kerana kepentingan politik.
  • Mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dan membuatkan PAS nampak bodoh.

Sebab itu sudah ada jentera dalaman antara ahli-ahli PAS sendiri bersatu dalam diam bagi menendang semua kepimpinan kuda tunggangan Anwar ini. 

Perisik: PRU13 dah dekat..Orang PAS tunggu sampai bila nak tendang Erdogan ni!!


1 comment:

  1. simpati kpd pengkomen diatas..bersungguh-sungguh komen caci maki guna nick propaganda..tapi segala caci maki tersebut hanya menunjukkan keburukan diri sendiri.

    dari bukti yang diberikan, ternyata bercanggah dan tiada kena mengena dari apa yang dikomen.

    tapi kenapa pakai gambar???

    meh sini Perisik tunjukkan bukti si pengkomen di atas dengan lebih jelas:

    BUKTI LINK 1 & BUKTI LINK 2

    hurrmmm..kenapa malu nak tunjuk logo UTUSAN?
    kekeke..tak sangka pulak puak-puak Pakatan dah kembali membaca UTUSAN.

    apa-apa pun terima kasih kerana meninggalkan komen.

    ReplyDelete