Saturday, February 28, 2015

Jerat IS! Sudut Pandang Dr Mashitah!


Wawancara rancangan Soal Jawab baru-baru ini telah mengundang beberapa panelis antaranya Dato Dr Mashitah Ibrahim bagi membincangkan topik 'Jerat Islamic State (IS)'. Topik ini mempunyai berkait rapat dengan perbahasan Mashitah pada Perhimpunan Agong UMNO lalu yang menyentuh tentang kepelbagaian ancaman Islam dari dalam dan luar.

Melihat kepada tajuk Soal Jawab ini. Ia antara kebimbangan yang telah disuarakan oleh Mashitah mengenai penularan fahaman ekstrimisme yang bertopengkan Islam yang mana telah meracuni pemikiran anak muda kita sehingga menjadi taksub kepada idealogi songsang bawaan kumpulan ekstremis ini. 

Friday, February 27, 2015

Felda D'Saji Restoran Pertama Malaysia Di Jeddah


Apa juga cerita negatif yang cuba dimainkan oleh pembangkang untuk memburukkan Felda. Ia langsung tidak merencatkan pelan pengembangan perniagaan dan pelaburan baharu Felda di dalam dan luar negara yang mana dinilai berpotensi memberikan pulangan terbaik.

Tiap usaha Felda untuk mencipta peluang menambahkan pendapatan organisasi, pasti saja akan kedengaran suara sumbang dari macai pembangkang mengatakan itu ini membazir. Skrip lama di ulang-ulang macam cerita lawak Felda nak bankrap yang dimainkan mereka tahun-tahun sudah. Kesudahannya semua terkantoi dan ternyata fitnah jahat terhadap Felda.

Thursday, February 26, 2015

Perjuangan IS Bukan Tiket Ekspres Ke Syurga!


Kemunculan kumpulan Islamic State (IS) bukan sahaja membimbangkan dunia, tapi turut menimbulkan persoalan yang besar! Yakni, adakah IS ini benar-benar ISLAM? Kemusykilan ini tidak dapat dibendung memandangkan sejak dari awal pergerakan dan tindak-tanduk mereka langsung tidak mencerminkan ajaran Islam yang sebenar.

Baru-baru ini, beberapa siri penculikan telah dilakukan oleh kumpulan militan ini dan hampir semua tahanannya dibunuh dengan tragis. Ada disembelih dan ada pula yang dibakar hidup-hidup. Dua insiden ini sahaja berlaku bagi menuntut supaya salah seorang anggota mereka yang berada dalam tahanan kerajaan Jordan dibebaskan. 

Persiapan Menghadapi Cuaca Panas Melampau!!


Sejak kebelakangan ini kita mula mengalami cuaca panas melampau atau lebih dikenali sebagai fenomena ekuinoks. Fenomena ini akan menyebabkan waktu siang lebih panjang dari kebiasaan dan ianya dijangka berterusan sehingga awal April.

Pada waktu ini kedudukan matahari akan berada lebih dekat dengan bumi terutamanya kepada negara yang terletak di garisan Khatulistiwa. Keadaan ini akan mengakibatkan kita mengalami waktu siang 16 minit hingga 20 minit lebih panjang dari normal.

Wednesday, February 25, 2015

OPS Tegas SPAD! Masih Banyak Teksi Tak Guna Meter Dicekup!!


Dah tahu tak guna meter merupakan satu kesalahan berat. Namun masih ramai pemandu teksi yang bersikap acuh tak acuh terus melanggar peraturan pengangkutan awam.

Perisik sekali lagi berpeluang menyertai OPS TEGAS di sekitar Kuala Lumpur hari ini. Operasi ini dijalankan oleh unit Penguatkuasaan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang diketuai oleh Pengurus Besar Penguatkuasa, Dato Paduka Che Hasni.

Tiong Lai: SAR MH370 Di 60,000km/segi Diteruskan


Tiada arahan atau cubaan untuk memberhentikan usaha mencari dan menyelamat (SAR) MH370 di Lautan Hindi. Berdasarkan data satelit Inmarsat kapal terbang komersial milik Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) telah dilencong ke selatan hemisfera dan berakhir di lautan seluas 74 juta kilometer persegi itu.

Menteri Pengangkutan, DS Liow Tiong Lai berkata, usaha mencari akan diteruskan untuk mengesan MH370 di lautan tersebut. Kawasan pencarian yang luasnya 73 juta km/segi telah dikecilkan ke 60,000 km/segi dan pasukan SAR telah menerokai 35% dari jumlah kawasan itu.

Wayang PERSIM-BBPTB Berdemo Dengan Suara Minoriti!!


Dah banyak kali kita dengar dua badan ni berkokok membalun Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). Kononnya hendak jadi hero memperjuangkan nasib pemandu teksi. Segala usaha kerajaan bagi meningkatkan kualiti dan persepsi positif  terhadap industri teksi sering kali di pandang serong.

Persoalan utama di sini, lebih 80ribu pemandu teksi yang ada di seluruh negara. Adakah dua pertubuhan ini sahaja yang wujud untuk mewakili suara-suara pemandu teksi di Malaysia!?? Memang TIDAK! Difahamkan ada berpuluh malah beratus persatuan dan pertubuhan kaitan industri teksi di negara ini.

PETEKMA Puas Hati Penglibatan SPAD Dalam Perbaiki Industri Teksi


Pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sememangnya komited dalam memastikan transformasi pengangkutan awam selari dengan kehendak dan keperluan pengendali, pemandu teksi dan pengguna. Kesungguhan ini ditunjukkan dengan beberapa siri perbincangan dan pertemuan dilakukan bersama beberapa pertubuhan teksi di negara ini.

Baru-baru ini satu mesyuarat telah diadakan oleh Pertubuhan Teksi Malaysia (PETEKMA) bagi membincangkan langkah penambahbaikan serta isu-isu berbangkit iaitu peningkatan kos dan pendekatan yang boleh dilakukan bagi meminimumkan kesan kenaikan harga ini.

Tuesday, February 24, 2015

Kemeriahan Kai Gong Dirasai Pengunjung Wisma MCA


Upacara tradisi masyarakat cina 'Kai Gong' yang berlangsung di ibu pejabat MCA Kuala Lumpur menarik perhatian orang ramai terutamanya para pelancong yang melalui kawasan tersebut. Upacara ini dibuat bagi menandakan sudah masanya untuk 'kembali bekerja' selepas sambutan tahun baru cina.

Kelihatan tarian singa dan naga diperkarangan pintu masuk ibu pejabat yang mula dipenuhi orang awam yang ingin melihat dengan lebih dekat persembahan tersebut. Presiden MCA, DS Liow Tiong Lai dan Timbalannya, Datuk Dr Wee Ka Siong memberi angpau kepada dua tarian tersebut sebagai tanda bayaran persembahan.

Saturday, February 21, 2015

MCA Tak Sisih Keluarga Mangsa MH370


Kedatangan Tahun Baru Cina pada 19 Feb lepas merupakan platfom terbaik para pemimpin untuk turun bertemu dan meraikannya bersama rakyat. Ibu pejabat MCA di Kuala Lumpur seperti biasa akan mengadakan jamuan rumah terbuka yang dihadiri oleh pelbagai masyarakat berbilang bangsa dari semua peringkat umur.

Turut kelihatan keluarga mangsa MH370 dari China yang berkumpul bagi menyuarakan rasa tidak puashati kerana pesawat masih tidak ditemui. Keriuhan ini adalah berikutan pengisytiharan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) bahawa MH370 sebagai satu kemalangan dan semua 239 mangsa dianggap terkorban.

Friday, February 20, 2015

Kemeriahan Tahun Kambing Antara Pemimpin Dan Rakyat


Wisma MCA sentiasa menjadi tumpuan warga Lembah Klang tiap kali tiba sambutan Tahun Baru Cina. Majlis rumah terbuka anjuran MCA telah dihadiri lebih 20,000 pengunjung dalam dan luar negara bagi turut serta menyambut perayaan tersebut disamping dapat merapatkan hubungan kekeluargaan sesama rakyat Malaysia.

Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor turut hadir bagi memeriahkan lagi majlis ramah mesra antara pemimpin dan rakyat ini. Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Norainee.

FELDA Tahan Duit!! Cubaan Bangang PAS Kelirukan Peneroka!!


Ekonomi dunia yang tidak menentu telah menyebabkan perkembangan hampir semua industri di Malaysia terjejas. Antara yang turut terkesan dari kekalutan ekonomi kini adalah industri minyak sawit mentah.  

Warga FELDA sendiri yang sudah terlibat lama dalam tanaman kelapa sawit ini sudah cukup matang untuk memahami perihal jual beli serta naik turunnya harga pasaran minyak sawit dunia.

Thursday, February 19, 2015

Harapan Tiong Lai Sempena Tahun Baru Cina


Ketibaan tahun kambing iaitu tahun baru cina kali ini memberi pelbagai harapan kepada seluruh rakyat Malaysia. Presiden MCA, DS Liow Tiong Lai turut melahirkan beberapa harapan atau hasrat dalam kelestarian negara dan demi generasi akan datang. 

Tiga harapan yang dizahirkan beliau, yakni pertama, ingin melihat perpaduan dalam politik yang tampil menerusi kesederhanaan. Kedua, ingin melihat kejayaan ekonomi demi pembangunan negara yang mampan. Ketiga, mengukuhkan pendidikan bagi melahirkan lebih banyak modal insan dalam negara.

Wednesday, February 18, 2015

Himpunan Pegang Lilin! Biar Aqidah Tergadai Janji Matlamat Tercapai!


Setelah KETUM, Anwar didapati bersalah oleh mahkamah persekutuan kerana meliwat dan disumbat ke penjara Sg Buloh untuk menjalani hukuman 5 tahun. Sekali lagi himpunan pegang lilin dibuat untuk tontonan media antarabangsa bagi menagih simpati para pendokong LGBT dan kebebasan bersuara songsang dari serata dunia. 

Walaupun himpunan mirip ritual Vigil Candlelight ini sudah difatwakan haram oleh Fatwa Kebangsaan, mereka tetap berdegil dan mengheret anak muda turut serta dalam himpunan ini. Ritual berunsur tasyabbuh amalan puak pembangkang ini, terang-terang mengancam dan menjejaskan aqidah umat Islam.

Monday, February 16, 2015

YPPM Tubuh Koperasi Untuk Warga Pondok

Sebelum ini sudah banyak inisiatif digerakkan oleh kerajaan bagi memartabatkan institusi pondok di negara ini. Malah ada juga guru sekolah pondok mendapat pengiktirafan sewajarnya sebagai tenaga pembimbing yang jelas berjasa kepada masyarakat setempat.

Kali ini keprihatinan kerajaan terhadap institusi pondok terus diperhebatkan dengan tertubuhnya Koperasi Pembangunan Pondok Malaysia (KPPM). Tujuan koperasi baharu ini ditubuhkan adalah bagi memastikan kelangsungan institusi pondok dari segi kewangan dan meningkatkan kemampuan untuk membantu para ahlinya.

Hentian Bas Greenwood Seribu Satu Masalah Bakal Ditutup Tahun ini!


Pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah mengumumkan akan menghentikan operasi hentian bas ekspres sementara Greenwood selepas 8 Mac 2015. Berita ini sebagai persediaan kepada para pengguna perkhidmatan di hentian terbabit.

Hentian yang menjadi lokasi perkhidmatan bas ekspres ke Pantai Timur ini akan dipindahkan ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS). Dengan perpindahan ini dijangka dapat menyelesaikan banyak permasalahan yang menjadi rungutan pengguna, pengendali dan penduduk sekitar Greenwood.

Saturday, February 14, 2015

Felda: RM30.1 Juta Baik Pulih Kesan Banjir


Kos yang dinyatakan ini adalah bagi melakukan kerja-kerja pemulihan infrastruktur dan kerosakan hasil tanaman yang dialami Felda akibat banjir. Pembaikan perlu dilakukan pada kadar segera bagi memastikan operasi pengeluaran minyak sawit mentah dapat dihasilkan pada tahap optimum.

Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim, kos ini dipecahkan kepada dua bahagian iaitu RM16.6 juta untuk memperbaiki infrastruktur dan RM8.45 juta untuk menampung kerugian kos perladangan.

Friday, February 13, 2015

DAP Desak Mansuh PLKN! Agenda Tersembunyi Parti Komunis!


Tak perlu kita nak susah fikir apabila desakan mansuhkan PLKN ini datang dari DAP. Sebab ini bukan kali pertama, kerana sebelum ini DAP pernah mengusulkan supaya PLKN dimansuh pada 13 Mei 2008. Sekarang lagi sekali parti roket ni buat hal. Bangsat sungguh.

Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara, Datuk Ehsanuddin juga turut menyelar kebiadapan DAP yang tidak sudah-sudah mempolitikkan usaha menyatupadukan rakyat melalui PLKN ini.

Skim Iklan Pendapatan Sampingan Untuk Pengendali Bas Sekolah


Keadaan ekonomi global yang tidak menentu sekarang ini sedikit sebanyak telah memberi kesan kepada pelbagai industri di negara ini. Walaubagaimana pun pihak kerajaan telah mengambil langkah-langkah perlu bagi memastikan impak ketidaktentuan ekonomi ini diminimumkan sebaik mungkin demi kepentingan rakyat.

Jadi pelbagai bentuk bantuan dan skim telah diperkenalkan oleh kerajaan bagi meringankan beban rakyat dalam suasana ekonomi global yang mencabar hari ini. Antara yang turut mendapat perhatian kerajaan untuk dibantu adalah industri pengangkutan awam yang melibatkan lori, bas ekspres, bas sekolah, teksi dan perkhidmatan rel. 

Thursday, February 12, 2015

YPPM Ringan Beban Sekolah Pondok Terlibat Banjir


Usaha yang digerakkan ini tidak dapat dilakukan secara menyeluruh ke semua sekolah pondok yang terlibat banjir. Memandangkan kesan banjir yang melanda Pantai Timur dinilai sebagai luar biasa dan terburuk dalam sejarah negara. 

Kesan kerugian yang ditanggung akibat banjir di beberapa buah negeri terutamanya Kelantan mencecah lebih RM1Billion. Setiap lapisan masyarakat juga tidak membuang masa menghulurkan bantuan sewajarnya kepada mangsa-mangsa banjir. Ada sumbang pakaian, makanan, duit dan ada juga sumbangkan tenaga.

Wednesday, February 11, 2015

Polisi Kerajaan DAP Minta Duit 'Sumbangan'! Punca Gagal Bina Rumah Kos Rendah!


Tiada langsung kesungguhan ditunjukkan kerajaan DAP Pulau Pinang bagi menyediakan rumah mampu milik atau kos rendah untuk rakyat berpendatan rendah. Rata-rata projek yang dikatakan rumah mampu milik ala DAP ini mencecah lebih RM400 ribu seunit iaitu diluar kemampuan majoriti rakyat pendapatan rendah dan sederhana di negara ini!

Sememangnya DAP tidak serius membantu warga Pulau Pinang yang berpendapatan rendah dan sederhana dalam memiliki rumah di sana. Dengan nilai RM400ribu seunit, seseorang perlu mempunyai pendapatan sekitar RM8,000 sebulan untuk benar-benar mampu membeli rumah terbabit!

Tuesday, February 3, 2015

Minyak Turun! Harga Barang Di Manipulasi Penyangak!


Penurunan harga petrol dan disel sudah diumumkan buat kali kedua! Apa yang merunsingkan rakyat, sejak dari penurunan harga minyak kali pertama pada 1 Januari 2015 lepas, tidak memberi sebarang petunjuk yang harga barang akan menjadi lebih murah? Tak perlu kita pergi jauh untuk melihat perkara ini. Lihat sahaja di kedai-kedai makan yang masih mengenakan caj makanan dan minuman pada harga sama. Musykil ?!

Jika kita perhatikan, sepanjang dari tahun 2000 hingga 2008 harga runcit minyak RON97 telah meningkat sebanyak 11 kali kepada paras tertinggi RM2.70 seliter pada 4 Jun 2008. Disetiap kenaikan ini, telah dijadikan alasan buat para peniaga untuk menaikkan harga barangan atau perkhidmatan.