Video kemalangan melibatkan sebuah bas dengan beberapa buah kereta telah menjadi hebahan pantas di media sosial semalam. Dari paparan menunjukkan bas ekpres telah melanggar beberapa buah kenderaan pelbagai jenis ketika menuruni bukit di KM265.8 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Terowong Menora pada jam 2.45 petang 10 Julai.
Pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah bekerjasama dengan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS) dalam melakukan siasatan berkaitan kemalangan ini. Siasatan akan merangkumi beberapa sudut seperti aspek keselataman, kejuruteraan jalan raya, pengurusan kenderaan dan pemandu.
"Keselamatan pengguna merupakan prioriti utama bagi SPAD dan Suruhanjaya akan mengambil tindakan yang tegas terhadap pengusaha bas yang melanggar syarat-syarat keselamatan," kata Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd Azharuddin Mat Sah.
"Tindakan ini termasuk penggantungan dan pembatalan lesen pengendali," katanya.
Pihak SPAD sememangnya tidak berkompromi terhadap mana-mana pengendali yang didapati mengabaikan aspek keselamatan. Tindakan tegas ini sememangnya perlu bagi menjadi pengajaran buat syarikat pengendali dan mereka yang terlibat dalam industri bas ekspres ini.
Apa yang ditekankan oleh SPAD dari dulu. Tujuan perundangan yang diambil ini bukan atas dasar menghukum. Ia adalah bagi mendidik para pengendali dan pengguna jalan raya supaya mematuhi peraturan. Jika semua patuh kepada peraturan, kemalangan dan kecuaian jalan raya dapat diminimumkan sebaik mungkin.
No comments:
Post a Comment