Tuesday, January 12, 2016

Siapa Dalang Disebalik Boikot McDonald's?


Ramai warga Malaysia terutamanya yang terlibat dalam usaha songsang memboikot McDonald's merasakan perjuangan mereka berbaloi. Mereka berpuas hati dapat merencatkan perniagaan yang 85-90% kakitangannya terdiri daripada melayu Islam. Tapi mereka tidak tahu negara majoriti Islam yang giat dalam usaha boikot ini hanya kerap berlaku di Malaysia?!

Bagaimana dengan negara-negara Islam lain? Adakah mereka tidak sensitif dengan konflik di Palestine? Lebih pelik apabila tiada sekatan atau boikot dilakukan terhadap McDonald's yang beroperasi di Timur Tengah?! Malahan jemaah haji dan umrah turut berpeluang menikmati hidangan McDonald's di Arab Saudi.

Mungkin perisik patut nyatakan bahawa boikot di Timur Tengah hanya berlaku di Israel, melalui kempen "Not Lovin' It" seperti dalam gambar di atas! Israel boikot McDonald's?? Apa ke PELIK?

Negara-negara arab sendiri yang lebih hampir dengan konflik di Palestine tidak memboikot McDonald's? Negara-negara Islam lain juga seperti tidak terasa lama bahangnya usaha boikot seperti di Malaysia. Hanya sekadar perbincangan tertutup di media sosial. Tidaklah sampai berdemo dan mengancam kakitangan McDonald's seperti yang berlaku di Malaysia.

Jika negara Islam lain sekadar suam kuku sahaja dalam boikot. Jadi daripada mana datangnya pengaruh KETAKSUBAN boikot McDonald's ini datang? Jawapannya kita boleh lihat daripada sumber-sumber rujukan para pemboikot ini. Dari situ kita akan faham. Perisik tidak mahu menuduh yang mengikut itu terlibat dengan idealogi bawakan si dalang ini. Mungkin mereka terkilaf hanya bergantung maklumat tersurat hingga kabur untuk memahami niat tersirat si dalang ini.

Salah satu sumber yang dijadikan sandaran para pemboikot ini adalah dari website inminds.co.uk. Apa masalah dengan website ini? Anda lihatlah sendiri:




Masih tak faham?




Tak cukup faham lagi? Bolehlah ke page-page facebook berikut. 

Gerakan Anti Syiah Malaysia
Gerakan Anti Syi’ah Internasional
Gerakan Anti Wahabi & Syiah

Lihat sendiri kelicikan puak ini dalam mendekati Islam di negara ini. Sedikit demi sedikit di ajar Islam negara ini mengikuti cara mereka. Dari rekod 2013 pengikut Syiah di Malaysia sudah mencecah 300,000 orang. Sekarang? Ada yang kata sudah mencecah hampir sejuta!

Sekarang renung kembali tindakan memboikot ini. Mengapa negara-negara Islam lain Suadi, UAE, Kuwait, Oman dll tergamak membenarkan McDonald's beroperasi di negara mereka!!? Mereka bangang, atau rakyat kita terlebih bijak dalam menjatuhkan hukum ikut tafsiran dan andaian sendiri.

No comments:

Post a Comment