Monday, January 18, 2016

Bengkel TPPA Medan Sebaran Fakta Perjanjian Kepada Rakyat


Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) telah dijadikan alat puak pembangkang dalam menyerang kerajaan. Perisik tidak begitu terkejut dengan usaha pembangkang memainkan isu ini. Kerana TPPA ini masih terlalu asing bagi rakyat Malaysia. 

Jangan salah faham, TPPA ini bukan baru kali ini atau beberapa bulan lepas dibangkitkan oleh kerajaan pusat. Tetapi telah disebut-sebut sejak 5 tahun lalu lagi. Kerana beberapa kajian terperinci perlu dijalankan bagi menilai risiko kemudaratan kecil atau besar disebalik manfaat yang bakal diterima Malaysia melalui perjanjian ini.

Jadi kalau baru beberapa bulan hendak tunjuk cerdik memaki hamun kerajaan yang TPPA ini zalim tak guna. Elok selidik dulu hasil kajian yang telah dibuat oleh pakar-pakar ekonomi dan kewangan yang menilai kebaikan TPPA kepada negara.

Pihak pembangkang kelemahan rakyat negara ini yang tidak faham. Ketidakfaham rakyat ini diambil kesempatan untuk dikelirukan lagi. Akibatnya ramai yang termakan hasutan dan merasakan TPPA ini mengancam negara. 

Oleh yang demikian, bengkel penerangan TPPA yang dikelola oleh MITI baru-baru ini merupakan pengisian penting buat ahli-ahli parlimen BN. Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Haji Noor Ehsanuddin Haji Mohd Harun Narrashid memuji usaha MITI ini kerana ia dijangka mampu mempersiapkan diri bagi menangkis tohmahan jahat pembangkang.



Antara yang sering ditimbulkan oleh pembangkang adalah TPPA ini menggadaikan negara kerana akan dipaksa tunduk kepada desakan kuasa ekonomi Amerika Syarikat. Kalau logik ini diterima bermakna Brunei dan Singapura sudah lama gadai negara mereka kepada AS.

“Bengkel ini membolehkan isu-isu dirungkai dengan lebih jelas dan terperinci malah kefahaman yang lebih baik boleh menolak persepsi negatif dan membolehkan pertimbangan dibuat dengan lebih baik demi kepentingan rakyat dan negara” Jelas Ehsanuddin.

Apa yang jelas TPPA ini mampu meningkatkan perdapatan negara sekaligus menjadikan Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi. Tidak perlulah kita hendak pelik dengan pembangkang, usaha yang jelas elok buat negara macam biasa akan ditentang habis-habisan.

Mengapa? Kerana ia akan menyebabkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan meningkat dan ini membimbangkan pembangkang. Kecelaruan pembangkang juga semakin ketara apabila ada sebahagian di dalam kepimpinan mereka yang bersetuju dan ada pula yang beriya-iya menentangnya.

Sejak dari dulu pembangkang tidak konsisten dalam memainkan isu. Jadi tidak perlu kita melayan karenah pembangkang. Apa yang penting jentera BN terus komited dalam memperjelaskan gambaran sebenar mengenai TPPA ini kepada rakyat.

No comments:

Post a Comment