Monday, May 27, 2013

PKR Keseorangan Mempertikaikan Keputusan PRU13


Momentum pertikaian keputusan PRU13 semakin tidak mendapat sambutan di kalangan penyokong pembangkang sendiri. Ia berikutan semakin ramai penyokong mula sedar bahawa usaha menentang keputusan pilihanraya dengan berdemo di jalan raya adalah satu usaha sia-sia.

Pada perhimpunan haram pertama di Kelana Jaya, tampak gah dengan kehadiran ribuan penyokong. Akan tetapi kemegahan itu tidak bertahan lama apabila lebih 80% yang menghadiri perhimpunan tersebut terdiri daripada kaum cina.

Perkara serupa dapat dilihat dalam siri perhimpunan haram di beberapa negeri. Terbaru perhimpunan di Padang Timur (Amcorp Mall), Petaling Jaya juga menyaksikan kebanjiran masyarakat cina yang menjadi majoriti dari 10,000 peserta demo.

Mereka berhimpun memfitnah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Kerajaan Barisan Nasional yang dakwa mereka menipu keputusan PRU. Mereka menuduh berlaku blackout, peti undi hilang, pengundi hantu, dakwat hilang dan macam-macam lagi.

Pertikaian ini hanya ingin menggambarkan bahawa kononnya penipuan itu benar-benar berlaku. Walhal tiada langsung bukti kukuh yang dapat mereka tampilkan di khalayak penyokong tegar mereka!

Selepas keputusan PRU diwartakan, Anwar telah bertindak membuat laporan polis bagi mempertikaikan dan mengemukakan alasan bahawa wujud penipuan. Tetapi alasan yang diberikan hanyalah mengenai dakwat kekal!



Kenapa tidak laporkan isu peti undi hilang, blackout dan pengundi hantu yang begitu lantang diucap beliau dalam setiap perhimpunan. Jelaslah bahawa Anwar selaku ketua umum gagal dalam memainkan game untuk discredit keputusan PRU lalu.

Anwar dilihat keseorangan dalam game kotor beliau apabila rakan partinya PAS-DAP tidak terlibat secara agresif menyokong idea ini. Malahan di akhir-akhir siri perhimpunan, kadar kehadiran penyokong juga merosot dengan drastik.

Keadaan ini menunjukkan Anwar yang memimpin PKR semakin keseorangan dalam terus mempertikaikan keputusan majoriti rakyat yang mengundi pada PRU13 lepas.

No comments:

Post a Comment