Saturday, January 16, 2016

LBS Tampung Penambahan Penumpang Cuti Tahun Baru Cina



Sempena tahun baru cina yang bakal tiba ini, kita sudah dapat menjangkakan ramai warga kota yang akan pulang ke kampung halaman kerana cuti panjang. Rata-rata pengangkutan bas menjadi medium utama pada musim cuti. 

Adakah bas ia mencukupi? Kalau boleh kita tidak mahu lihat tiket bas habis tiap kali cuti. Jadi pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dengan proaktif telah mengeluarkan Lesen Bas Sementara (LBS) bagi memenuhi permintaan tinggi di musim perayaan. 

Lesen yang dikeluarkan ini bukanlah dengan tergesa-gesa semata-mata hendak memenuhi keperluan rakyat. Faktor keselamatan bas juga dititik beratkan sebelum lesen diberikan. Pemilik bas perlu memenuhi piawaian bagi memastikan perjalanan penumpang dan pengguna jalan raya yang lain tidak terancam.

Tambahan bas ini akan dipantau dari segi jualan tiket supaya tidak timbul unsur penipuan seperti ulat tiket yang menjual harga mahal. Segala persediaan dibuat rapi supaya hak pengguna dijaga dan juga tidak mahu membebankan pengendali bas berlesen sementara.

Pemberian LBS ini hanya pada julat tempoh tertentu sahaja iaitu 2 minggu sebelum perayaan sehingga 2 minggu selepas perayaan. Jadi ada lebih kurang 30 hari untuk perkhidmatan lesen bas sementara ini. Perisik lihat waktu begini, bolehlah direbut peluang untuk pemilik bas persiaran untuk menambah pendapatan. Tapi perlu ditegaskan, pastikan bas betul-betul mengikut piawaian keselamatan yang ditetapkan SPAD dan PUSPAKOM

No comments:

Post a Comment