Saturday, January 2, 2016

Elakkan Persengketaan Antara Kaum - Tiong Lai


Sempena tahun baru 2016, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam kenyataan media telah membangkitkan beberapa perkara kritikal yang harus ditangani oleh semua pihak di negara ini. Tahun 2015 sememangnya tahun mencabar dengan kelembaban ekonomi dunia.

Akan tetapi ada sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab yang beriya-iya ingin melihat berlakunya pergeseran antara kaum di negara ini. Pelbagai perkara-perkara sensitif kaum dan agama sengaja dimainkan. Tidak kurang juga kemasukan pengaruh ekstrimis seperti IS yang dilihat sudah merebak di negara ini.

Apa yang pelik agama Islam sering menjadi mangsa permainan segelintir yang tak ada otak. Lihat sahaja bagaimana ada yang membawa anjing di tempat awam seperti dalam troli pasaraya.  Memperlekeh azan, puasa dan ibadah haji. Kadangkala isu terbabit dikitar semula bagi mengeruhkan keadaan.

Tindakan sebegini mengundang perpecahan dalam negara. Demi kelangsungan negara menghadapi era globalisasi, kita harus berganding bahu dan tidak sesuka hati mempermain isu sensitif agama dan kaum dinegara ini. Tiong Lai dalam kenyataan beliau menyeru supaya rakyat menghayati nilai-nilai murni yang mencerminkan sifat sebenar kita.

"Kita seharusnya tidak mempunyai pendirian yang serong terhadap satu-satu bangsa, lebih-lebih lagi apabila kita saling hidup dalam masyarakat yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan budaya." terang Tiong Lai.

Kemerdekaan yang dikecapi negara adalah hasil perpaduan antara kaum. Kesinambungan kesatuan ini, amat penting bagi kita untuk bukan sahaja mengetepikan perbezaan, malah turut mempertahankan kepelbagaian budaya yang menjadi keunikan negara tercinta ini.

No comments:

Post a Comment