Mengapa pindaan kali ini DAP terkinja-kinja tak tentu hala! Ternyata pendedahan Ka Siong yang juga Timbalan Presiden MCA ini telah meresahkan barisan bikin kepoh DAP yang kantoi menggunakan RUU355 ini sebagai alat publisiti politik murahan.
Isu pembentangan RUU355 masih tidak lekang dari anak tekak puak chauvanis DAP. Bertalu-talu serangan dilakukan terhadap kerajaan terutama parti MCA. Pembentangan RUU355 ini dibuat oleh Hadi Awang, Presiden PAS! Tapi yang dibalun adalah kerajaan BN. Lagi pun RUU355 ini tiada kaitan langsung dengan bukan Islam!
Jadi apa yang sebenarnya DAP cuba lakukan disini! Sampai bila pengundi cina hendak terus diperbodohkan oleh DAP dengan permainan sentimen agama sebegini! Begitulah DAP sejak dulu lagi, tidak henti-henti mengusik segala kepentingan berkaitan Islam yang merupakan rasmi negara dan juga hak kesitimewaan orang melayu.
Kesempatan dari isu RUU355 ini, DAP telah menyerang MCA pula bagi tujuan mencalar imej komponen BN tersebut dengan pelbagai gambaran buruk terhadap pengundi cina. Sejak dari kempen-kempen pasca PRU12 dan PRU13 lagi taktik begini digunakan. Mereka hendak gambarkan seolah-olah MCA takut atau pak turut!
Hormat dan Takut adalah dua perkara berbeza! Prinsip mengHORMATi dasar-dasar negara merupakan asas kepada keharmonian hidup bermasyarakat di negara kita. Bukan memporak-perandakan negara dengan menganggu-gugat dasar-dasar bersama yang telah dibentuk oleh kepimpinan terdahulu.
Hakikatnya tindakan menyerang dan merosakkan keharmonian Itulah KeTAKUTan yang sebenarnya! Takut akan kehilangan sesuatu! Takut kehilangan sesuatu yang bukan pun hak milik mereka! Begitulah ketakutan DAP terhadap RUU355!
Bukan berkaitan mereka, bukan hak mereka! tetapi merekalah yang paling takut! MCA disini sekadar dijadikan selimut bagi menyembunyikan ketakutan mereka. Henti-hentilah DAP dengan permainan kebudak-budakan ini! Semakin banyak hipokrasi DAP terbongkar dengan sendiri! Apa lagi yang bakal terbongkar dalam masa terdekat nanti!
No comments:
Post a Comment