Thursday, June 23, 2016

SPAD Terus Berkhidmat Di Hari Raya


Bukan sesuatu yang asing buat anggota penguatkuasaan seperti Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) bertugas di musim perayaan. Seperti tahun-tahun sebelumnya, unit penguatkuasa SPAD yang melipat gandakan operasi di kawasan panas terutamanya terminal-terminal bas.

Walaupun undang-undang sudah dikuatkuasakan, pesalah berkitan pengangkutan awam darat telah  di denda dan dipenjara. Ia tidak mampu menghentikan kegiatan haram secara total. Pasti ada yang menjadi ulat tiket, ada saja yang menipu tambang dan ada saja yang mengambil atau menurunkan penumpang di lokasi yang tidak sepatutnya.


“Pada musim perayaan ini, pengangkutan seperti bas dan teksi menjadi pilihan pengguna. Kita akan pertingkatkan serta memperluaskan lagi operasi ini di negeri-negeri yang lain di samping memastikan harga tambang pengangkutan awam tidak dinaikkan sewenang-wenangnya,” jelas Pengurus Besar Kanan Bahagian Penguatkuasaan SPAD, Datuk Che Hasni Che Ahmad.

Pengorbanan anggota penguatkuasa seperti SPAD ini adalah demi keselesaan dan keselamatan pengguna. Tapi usaha SPAD ini sering disalah erti oleh syarikat pengendali dengan menuduh suruhanjaya tersebut menyusahkan perniagaan mereka. Tujuan peraturan dibentuk adalah bertujuan mendidik, bukanya menghukum semata-mata.

Malah dikalangan pengguna juga tidak kurang menghentam SPAD. Walhal segala keputusan dibuat adalah demi kesejahteraan pengguna, tanpa mengabaikan suara pengendali. Namun apa jua keputusan, kita tidak mampu memuaskan semua pihak.

No comments:

Post a Comment