Sunday, November 8, 2015

MP Kota Tinggi Dedahkan Surat Palsu Jatuhkan Najib


Pembangkang apabila sudah semakin lesu dan tak laku mula cari jalan helah bagi mencapai matlamat. Terbaru, puak pembangkang melalui NGO Bersih 2.0 telah merekayasa sepucuk surat menggesa ahli parlimen Barisan Nasional menyokong usul undi tidak pencara terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bagi nampak gempak, surat-surat tersebut kononnya datang dari penduduk setempat di sekitar parlimen BN. Strategi terdesak ini tak menjadi kerana hubungan antara majoriti pengundi dengan ahli parlimen BN amat akrab. Dengan begitu mudah ahli parlimen mendapat pengesahan dikalangan rakyat setempat.

Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Noor Ehsanuddin Harun Narrashid juga antara yang menerima surat-surat terbabit. Setelah melakukan siasatan, nama "rakyat" dan nombor kad pengenalan penulis surat terbabit tidak wujud. 

Bersih 2.0 yang satu ketika menuduh dan mengaitkan kerajaan BN dengan pengundi hantu, nampaknya cakap tak serupa bikin. Mereka sendiri yang mencipta pengundi hantu melalui surat palsu tersebut. 

Apa nak dihairankan dengan tindakan Bersih ini. Dari awal gerakan hanya berkisar kepada serangan terpilih. Iaitu terhadap BN. Mereka sepatutnya membantu PKR dalam pemilihan lalu yang penuh dengan pengundi hantu dan penipuan. Sehinggakan pemilihan parti PKR mengambil masa 3 bulan untuk diselesaikan. Mengalahkan PRU Malaysia.

Dengan kredabiliti Bersih yang buruk ini. Masih tidak malu terkinja-kinja hendak menunding jari memburukkan sistem pemilihan negara kita. Walhal terpalit dengan seribu satu penipuan terhadap diri sendiri dan rakan sekutu pakatan pembangkang.

No comments:

Post a Comment