Thursday, May 1, 2014

Catuan Air Berakhir Hari Ini!


Setelah berminggu-minggu penduduk Lembah Klang berhadapan dengan catuan air. Akhirnya tempoh catuan air ditamatkan hari ini 1 Mei 2014. Nak tunggu keputusan Kerajaan Negeri Selangor, tak kunjung tiba. 

Apa yang kita dengar nak guna air lombonglah atau pembenihan awanlah sebagai jalan penyelesaian. Lagi-lagi idea bangang ni. Memanglah Selangor ni bersepah dengan takungan lombong-lombong yang dah tidak beroperasi lagi. Ada dah jadi kawasan rekreasi, ada pula dah dikambus sedikit demi sedikit untuk dibina kawasan perumahan.

Soalnya berapa banyak lombong-lombong ini selamat untuk digunakan untuk minum, mencuci, memasak dsb. Sudahkah Kerajaan Selangor pimpinan pembangkang lakukan audit bagi kenalpasti sejauh mana ia selamat digunakan. Sudahkah mereka perincikan kandungan mineral atau bendasing yang terkandung dalam takungan lombong-lombong seluruh Selangor. 

Kalau belum, eloklah sambung buat sekarang. Supaya masa akan datang, tak ada lah nampak bangang lagi kalau bagi idea guna air lombong ni. Sebab segala analisis dan audit telah dilakukan. 


Pasal pembenihan awal ni pula memang tidak realistik dari segi kosnya. Kerana proses ini memakan belanja yang amat besar dan ada kebarangkalian hujan tidak akan turun walaupun selesai melakukan pembenihan. Jadi keluar kos untuk sesuatu yang tidak terjamin. Adakah Kerajaan Selangor cuba untuk memperjudikan duit rakyat dengan kaedah ini?

Berbalik kepada penamatan tempoh catuan air tadi. Keputusan tidak dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri. Tapi oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) setelah melaukan mesyuarat bersama Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), Kumpulan Semesta Berhad serta syarikat konsesi air yang berkaitan. Lain yang diharap putuskan, lain pula yang tampil beri keputusan. 

Bila SPAN dah keluar keputusan, barulah MB Selangor, TS Khalid kelam kabut nak buat pengumuman. Kononnya dialah yang putuskan. Macam-macam hal dalam pembangkang ni. Urus air pun huru-hara, belum lagi kita buka cerita pasal urus tadbir negeri? Hancusss

BACA SINI

No comments:

Post a Comment