Saturday, May 21, 2011

PENEROKA FELDA KENA TIPU DENGAN PEGUAM

Saya terbaca artikel yang ditulis dalam blog Dari Kedah ke KL semalam yang membongkar penipuan oleh peguam PAS yang mewakili peneroka Felda Kemahang 3 dalam kes menuntut saman dari FELDA.

Menurut blogger berkenaan, peguam-peguam PAS itu yang memenangi kes saman di Mahkamah Tinggi Kota  Bharu kerana kesilapan teknikal apabila peguam yang mewakili FELDA tidak hadir, telah mengaut keuntungan daripada keputusan mahkamah berkenaan.

Difahamkan peguam-peguam berkenaan mendapat bayaran RM3.3 juta sementara "orang tengah" mendapat RM1.1 juta dan peneroka hanya menerima RM19 ribu seorang sahaja.

Mengapa ini terjadi dan siapa agaknya "orang tengah" berkenaan? Nak tahu cerita lanjut, baca cerita selanjutnya di sini

Iktibar yang kita boleh ambil dari cerita ini ialah, peneroka janganlah mudah terpedaya dengan janji manis golongan yang kononnya mahu membantu atau memperjuangkan hak mereka. Mereka berbuat begitu kerana ada udang di sebalik batu.

Jangan mudah percaya kepada orang yang berlagak sebagai wira, tetapi sebenarnya ada niat tersembunyi. Saya percaya, ramai yang boleh mengagak siapa "orang tengah" itu yang selama ini berlagak seperti wira memperjuangkan nasib peneroka. Sekarang ini sudah ternyata, dia adalah "musang berbulu ayam."

Semoga apa yang berlaku terhadap peneroka-peneroka di Felda Kemahang 3 ini dapat dijadikan pengajaran peneroka di seluruh negara. Jangan mudah percaya sangat dengan si "musang berbulu ayam" itu!

No comments:

Post a Comment