Pilihanraya Kecil (PRK) Tenang akan berlangsung beberapa hari lagi dan semakin hampir tarikh itu semakin rancak pembangkang cari modal mempengaruhi pengundi terutama di kalangan peneroka Felda.
Balik-balik Pembangkang menjaja isu basi seperti Felda bangkap, pengurusan tak betul dan macam-macam lagi. Seolah-olah tak ada benda yang bagus Felda lakukan.
Saya yakin peneroka-peneroka di PRK Tenang tidak terpedaya dengan dakyah pembangkang sehingga mereka lupa kesenangan yang diraih hasil pengurusan Felda yang cekap.
Saya juga yakin peneroka tidak akan lupakan bahawa Felda membelanjakan kira-kira RM11 billion setiap tahun untuk mengurus dan mentadbir 11 wilayah dan 317 rancangan, serta menggajikan 3,516 petugas dan membayar 112,636 peneroka.
Peneroka juga perlu sedar, tahun lalu sahaja Felda telah melatih 33,017 anak peneroka dalam pelbagai bidang kemahiran yang menelan belanja RM210 juta.
Juga diingat, mana ada koperasi yang menawarkan dividen yang tinggi seperti yang diberikan oleh Koperasi Permodalan Felda (KPF) kepada peneroka, iaitu purata 14% setahun.
Saya yakin peneroka juga menghargai usaha Felda mengharmonikan kehidupan masyarakat serta memperkasakan program keusahawanan ke arah menjadikan Felda sebagai kuasa besar ekonomi.
Saya juga berharap peneroka-peneroka Felda terutama di Tenang memikirkan lojik sebelum menelan bulat-bulat dakyah pembangkang, terutama yang menuduh Felda bankrap.
Fikirkanlah, jika Felda bankrap, takkan ia mampu membina menara setinggi 50 tingkat berhadapan KLCC. Jika Felda bankrap, sudah tentu Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak tak berani umumkan pemberian bonus insentif produktiviti kepada peneroka yang bernilai RM100.9 juta!
Juga, jika Felda bankrap, Perdana Menteri tak akan berani mengumumkan Felda akan membina gelanggang futsal terbuka di 250 rancangan yang belum mempunyai gelanggang, dengan kos RM25juta. Gelanggang yang setiap satunya bernilai RM100,000 itu dijangka siap tahun depan. Setakat ini 317 rancangan Felda sudah mempunyai gelanggang.
Berdasarkan reaksi peneroka Felda Tenang terhadap ceramah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kelmarin, saya memang yakin peneroka yang akan mengundi di PRK Tenang tidak terpengaruh dengan dakyah palsu pembangkang.
Ceramah Anwar Ibrahim kelmarin cuma dihadiri tak sampai 300 orang! Tidak cukup dengan itu kehadirannya disambut dengan ejekan "boo".
Saya juga mendapat perkhabaran peneroka di Tenang tidak layan kehadiran Mazlan Aliman, yang dilantik oleh Pembangkang sebagai Timbalan Pengarah Pilihanraya I PAS bagi PRK Tenang.
Mazlan seperti biasa sibuk menjaja Janji 100 Hari Pembangkang yang tak masuk akal itu. Janganlah terpedaya dengan bekas peneroka ini yang lupa asal usulnya.
Saya yakin peneroka yang mengundi di Tenang bijak untuk menilai apa yang baik untuk masa depan mereka. Saya juga pasti calon BN, Mohd Azahar Ibrahim yang lebih mesra dengan panggilan Tok Ai lebih mudah didekati dan juga memahami kehendak orang Tenang kerana dia adalah anakTenang.
Kepada pengundi di PRK Tenang, terutama golongan peneroka Felda, mengundilah dengan bijak dan fikirkanlah masa depan keluarga anda.
Peneroka FELDA yang tidak menyokong Kerajaan
ReplyDeleteadalah peneroka yang lupa diri dan tetelan air ludah pembangkang!