Tuesday, February 16, 2016

Sudah 19 Tahun McDonald's Beri Biasiswa Pendidikan Kepada Anak-anak Malaysia!


Punyalah macam-macam orang fitnah McDonald's sekongkol dengan Israel membunuh orang Palestine. Sehingga ramai buta untuk melihat perkara sebenar dalam khidmat bakti McDonald's Malaysia kepada masyarakat. Bukan sekali dua atau baru dilaksanakan, tapi sudah berpuluh tahun.

Itulah hakikat McDonald's yang sudah memberi bantuan kepada ramai warga Malaysia yang terdiri daripada, kanak-kanak istimewa dan mereka yang kurang bernasib baik. Dalam artikel-artikel sebelum ini perisik sudah kongsikan mengenai Ronald McDonald Sensory Room (RMSR) dan mengenai Rumah Amal dan Kebajikan McDonald (RMHC).

Dalam artikel kali ini, perisik ingin menyentuh mengenai Biasiswa Ronald McDonald (BRM) yang mendapat pengiktirafan dan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia! Sasaran biasiswa ini diberikan kepada pelajar dari kalangan keluarga yang berpendapatan rendah.

BRM telah dilancarkan pada tahun 1997 dan telah memberi manfaat kerpada lebih 500 pelajar sehingga hari ini. Mereka yang terpilih ini adalah berdasarkan keputusan cemerlang dan terdiri dari keluarga berpendapatan rendah. Pelajar yang menerima BRM akan mendapat elaun bulanan dan mendapat hadiah istimewa setiap kali mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan.

Berikut adalah antara penerima BRM:

Chin Jia Weoi (2006 - 2010)
Berasal dari Kuala Lumpur 
Melanjutkan pengajian di Universiti Malaya.


Nurul Ain (2008 - 2012)
Berasal dari Kelantan 
Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dalam jurusan Sains

Setiap tahun sebanyak RM500,000 telah diperuntukan untuk menjayakan program BRM ini. Jadi henti-hentikanlah berkonspirasi menuduh duit beli McDonald's ini adalah untuk beli senjata dan membunuh warga Palestine. Saranan ini juga telah diberikan oleh Duta Besar Palestine supaya henti boikot McDonald's. Fikir-fikirkanlah, orang Palestine sendiri tegur supaya hentikan boikot. Adakah mereka sudah gila? Atau pemboikot yang terus menggila?

Setakat beberapa siri artikel mengenai kerja khidmat masyarakat oleh McDonald's ini. Perisik jangka ramai sudah mula buka mata yang segala duit keuntungan yang diperolehi oleh McDonald's Malaysia akan dikembalikan kepada RMHC, RMSR dan BRM. Perlu diingatkan bukan setakat itu sahaja sumbangan diberikan. Kerana McDonald's giat memberi bantuan peralatan persekolahan, bantuan mangsa bencana dan lain-lain.

No comments:

Post a Comment