Wednesday, August 28, 2013

Pemandu Warga Asing Tidak Diperlukan


Para pengendali perkhidmatan awam terutamanya bas sudah mula gusar akan kekurangan tenaga kerja sebagai pemandu di syarikat mereka. Maka timbul cadangan supaya kelonggaran diberikan buat mereka untuk mengambil warga asing sebagai pemandu.

Namun idea ini telah memberi pelbagai reaksi kepada rakyat terutamanya di sekitar Lembah Klang yang semakin bimbang akan kebanjiran warga asing di Negara ini.

Lihat sahaja bila tiba musim cuti pajang perayaan seperti Aidilfitri baru-baru ini. Kotaraya Kuala Lumpur yang majoritinya rakyat Malaysia telah dikuasai oleh warga asing yang mengambil peluang cuti untuk berkumpul bertemu rakan senegara.

Maka penuhlah segenap KL dengan mereka terumatanya di sekitar KLCC, Bukit Bintang, Sogo, Jalan Silang dan beberapa lokasi lain. Akibatnya timbul rasa kurang selesa rakyat Malaysia melihat kelibat warga asing ini. Ada juga bertindak liar menganggu ketenteraman awam malah membuat kotor dengan meludah kunyahan sireh serta membuang sampah sesuka hati.

Selain itu, Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid turut berpendapat bahawa negara ini belum lagi memerlukan tenaga kerja asing bagi menampung kekurangan pemandu perkhidmatan awam di Negara ini.

“Kita terlalu bergantung kepada warga asing pada setiap hal dan sector. Sekarang pun sudah ada dua juta pekerja asing dan angka ini jelas menunjukkan tiada keperluan untuk membawa masuk lebih ramai lagi bagi mengisi jawatan pemandu”. Ujar Syed Hamid.

"Biarlah kita isi kekosongan jawatan ini dengan rakyat tempatan , dan saya berharap penggendali serta operator syarikat kenderaan tahu cara untuk memikat rakyat tempatan mengisi kekosongan yang ada dengan insentif yang lebih baik" Tambah beliau lagi.



Kenyataan ini adalah bertepatan dengan pandangan majoriti masyarakat tempatan dan ia juga selari dengan matlamat negara untuk mengurangkan kebergantungan serta menghadkan penglibatan besar warga asing dalam sektor-sektor seperti pembuatan, pengilangan, pengangkutan dan lain-lain.

Perlu diingat langkah transformasi kerajaan mewujudkan berpuluh ribu peluang pekerjaan dalam negara adalah untuk rakyat Malaysia, bukan untuk warga asing! Jadi langkah menglibatkan warga asing dalam sektor pengangkutan bukan penyelesaian kepada permasalahan.

Adalah lebih baik pengendali bas ini mengadakan jalinan persefahaman dengan kementerian sumber manusia dan syarikat latihan memandu bagi mendapat bantuan pekerja mahir sebagai pemandu bas.

No comments:

Post a Comment