Wednesday, August 28, 2013
Pemandu Teksi Tak Serik Dua Kali Dicekup
Memang betulah pemerhatian perisik dalam artikel-artikel sebelum ini. Memang dah semacam ketagihan buat pemandu teksi ini melakukan kesalahan pengangkutan awam. Walaupun ianya melibatkan segelintir pemandu, namun implikasi buruknya tetap terpalit kepada keseluruhan industri teksi.
Sebab itu unit Penguatkuasa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat begitu komited bagi memastikan peraturan dan undang-undang pengangkutan awam dipatuhi oleh para pengendali dan pemandu. Apakan daya kalau dah perangai malaun, sampai ke tualah nampaknya mereka ini buat hal.
Minggu sudah unit Penguatkuasa SPAD telah mengadakan operasi penyamaran bagi menangkap pemandu teksi yang culas menggunakan meter. Operasi ini telah berlangsung dalam dua fasa iaitu tengahari dan malam.
Apa yang lawaknya salah seorang pemandu teksi yang telah dicekup pada fasa pertama, diberkas sekali lagi dalam operasi fasa kedua atas kesalahan sama iaitu tidak menggunakan meter.
Pemandu teksi ni nak cari makan ke cari pasal! Dua kali kantoi langsung tak menunjukkan sebarang tanda penyesalan, malah boleh tersengih-sengih macam perkara kecil. Sedangkan hukuman yang bakal dihadapi adalah denda sehingga RM500 ribu! Mungkin bawa teksi ni memang kaya kot. Tak ada hal nak bayar denda tu semua.
Akibat kesalahan kali kedua, teksi pemandu tadi telah disita selama 48 jam untuk siasatan lanjut. Sepatutnya sita sekali pemandu tu, sumbat je dalam lokap sebab salah laku mereka ini telah menyebabkan pengguna dalam dan luar negara hilang kepercayaan untuk menggunakan perkhidmatan teksi.
Kesiannya kepada pemandu teksi taat mengikut undang-undang dan peraturan pula yang terpaksa menanggung kesan dari kesilapan rakan-rakan mereka yang terus berdegil membuat kesalahan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment