Wednesday, February 17, 2016

Bekas Penagih Isi Sebahagian 10,000 Kekosongan Di Ladang Kelapa Sawit!



Itulah jumlah kekosongan atau permintaan tenaga kerja bagi mengisi sektor perladangan kelapa sawit di seluruh negara. Daripada 10,000 kekosongan itu, pihak FELDA telah mengambil inisiatif menerap sejumlah 1,000 bekas pelatih Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) menerusi Program Oil Palm For Life (OPAL).

Usaha sebagai langkah awal bagi mengutamakan anak tempatan dalam mengisi kerja kategori 3D (Dirty, Difficult and Dangerous). Ketika isu kemasukan pekerja asing Bangladesh dicetuskan, pelbagai kencaman diterima kerajaan seolah-olah anak tirikan warga tempatan. Walhal tidak ramai warga tempatan yang mahu mengisi peluang kerja 3D ini!

Walaupun tidak mampu memenuhi permintaan pasaran. Sekurang-kurangnya 1,000 bekas pelatih AADK ini boleh dijadikan sebagai satu testing plot melihat keberkesanan Program OPAL ini. Mereka ini akan diberi gaji minimum RM900 dengan ikatan kontrak selama 2 tahun. Tempat tinggal dan kemudahan pengangkutan untuk berulang alik ke tempat kerja juga disediakan. 


Timbalan Menteri di JPM, Datuk Razali Ibrahim menjelaskan bahawa pengambilan kemasukan perserta program OPAL ini akan dibuat secara berperingkat-peringkat. Buat masa ini sebanyak 20 buah ladang milik FELDA telah disenaraikan untuk program OPAL ini. Program ini turut akan diselia oleh pihak AADK bagi tujuan pemantauan para bekas pelatih mereka.

“Kumpulan pertama membabitkan 50 bekas pelatih akan di tempatkan dil ladang FELDA Serting, Negeri Sembilan bermula Mac ini” kata Razali Ibrahim.



Keberkesanan program ini hanya mampu kita lihat selepas 6-12 bulan berjalan. Jika ini terbukti berjaya, tidak mustahil program serupa dapat dikembangkan ke sektor-sektor 3D lain seperti pembinaan. Usaha begini nampak kecil tapi ia dapat mengelakkan pengaliran tunai keluar negara. Dihitung sebanyak RM5billion jumlah pendapatan dihantar ke negara-negara asal pekerja asing setiap bulan.

Jumlah aliran keluar tunai ini jika dapat dikekalkan dalam negara mampu memberi kesan positif kepada ekonomi negara. Jangan usaha ini dilepaskan kepada pihak Kerajaan semata-mata. Ramai yang melenting bila pekerja asing di bawa masuk. Tapi berapa ramai yang mahu isi kekosongan itu.

No comments:

Post a Comment