Saturday, October 6, 2012

PKR Main Wayang Sokong RAPID??


Wong Chen

Sudah-sudahlah main wayang dengan penduduk Pengerang. Ahad lepas, 30 Sept, Pengerusi PKR JohorChua Jui Meng, berucap mewakili Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"...ini mesej Anwar kepada anda semua...bila beliau jadi perdana menteri, projek RAPID ini akan dihentikan"
Kali ini, Ketua Biro Pelaburan dan Perdagangan PKR, Wong Chen tiba-tiba muncul ntah dari mana cuba berlagak neutral mengenai RAPID. 

Chen ni bercakap mewakili siapa pulak? Kalau sendiri cakap, nampaknya beliau telah membelakangkan ucapan Jui Meng yang mewakili Anwar Ibrahim. Lagi besar pangkat dia nampaknya, mudah ajer dia pijak kepala Anwar dan Jui Meng dalam hal ni.


Sebelum dedahkan tujuan si Chen ni. Biar perisik perjelaskan fakta penting terlebih dahulu, iaitu "90%" penduduk Pengerang yang terlibat dalam RAPID menyokong penuh kemasukan projek mega ini! Period!


Orang luar menyemak di Pengerang

Sekarang kita lihat apa cadangan si Chen? 

Mahu tempoh masa penilaian dilanjutkan? 
"Kami akan memberikan rakyat Pengerang masa yang mencukupi untuk menyuarakan pandangan mereka. Dengan pengetahuan yang penuh dan jelas, mereka boleh membuat pilihan yang bebas." kata Chen.
Hello brader! Giler outdated!..lu tertinggal keretapi ke apa? Lu ingat ni projek macam buat reban ayam ka? Hari ni plan, besok senang-senang terus bikin!? Mestilah perlu masa dan sudah beberapa kali tempoh lanjutan dibuat.

Jelas apa yang pakatan mahu, sudah lama dilaksanakan oleh kerajaan negeri dan pusat. 

Kerana kerajaan negeri tahu yang "tempoh" tersebut perlu bagi proses ambil alih tanah penduduk serta siri perbincangan bersama penduduk bagi menjelaskan sebarang kekeliruan. 

Apa yang diminta hanya satu usaha kebelakang! Kalau diikutkan juga, hanya menangguhkan projek dan ini akan meningkatkan kos.

Apa yang penting...90% penduduk Pengerang yang majoritinya MELAYU sudah pun menyokong dan bersetuju. Jadi apa perlunya melambat-lambatkan kemajuan yang diharapkan oleh majoriti 90% ini? 

Kaji semula pertimbangan Asas Ekonomi Projek?
Perkara ni pun kerajaan dah buat. Lu tak ada baca paper ke? Biar perisik jelas secara asas, nilai projek RM60 billion ini mampu membawa masuk pelaburan lebih RM120 billion.

Ia bakal mencipta lebih 40,000 peluang pekerjaan dan seterusnya melonjakkan pendapatan negara kepada lebih 20%-30% bila siap nanti. 

Memang benda ni semua dah keluar paper lah brader! Lain kali JANGAN baca Roket lembab, HaramKah dan Keldaian.

Pindahkan RAPID ke Terengganu?
Paling lawak, cadangan ni? Bukan sana dah ada kompleks petroleum ke? Perisik tak nampak apa perlunya membina kompleks kedua atau penambahan struktur di sana.

Untuk makluman..salah satu faktor lokasi perairan di Pengerang ini dipilih kerana merupakan tumpuan utama laluan beribu-ribu kapal dagang seluruh dunia. Ini bukan perkara baru, rakyat Pengerang sendiri dah tau.

Berlandaskan logik mudah, bila berniaga kita akan cari tempat yang paling hampir dengan tumpuan laluan orang ramai, bukan jauh dari tumpuan orang ramai. 

Takkan perkara basic macam ni pun tak tahu? Macam manalah pakatan boleh pilih dia dalam jawatan sekarang?? pss..rakyat dah tahu tapi pakatan buat-buat tak tahu? kenapa yer? Nak tahu berapa banyak kapal lalu berhampiran perairan Pengerang KLIK SINI.


Para  peserta himpunan hijau 30 Sept, pun lihat sendiri yang berpuluh-puluh buah kapal jelas kelihatan dari Pengerang.
"Uiiih! Banyaknya Kapal"

"Berpuluh-puluh kapal hanya lalu jer depan Pengerang"
Kurang Kapasiti Pengeluaran?
Apa punya planning ni Chen?.. kenapa pula nak kurangkan kapasiti pengeluaran dari 300,000 tong sehari kepada 100,000 tong sehari? 

Patutnya beliau sudah tahu yang kadar permintaan komoditi minyak dan gas semasa dunia semakin meningkat. 

Mengikut anggaran kasar, Malaysia mengeluarkan 690 ribu tong sehari dan kadar penggunaan dalam negara sahaja sudah mencecah lebih 550 ribu tong sehari. 

Maka kapasiti yang dirancang awal untuk RAPID, 300 ribu tong sehari itu adalah bertepatan bagi meningkatkan lagi pendapatan negara serta menampung kenaikan kadar permintaan untuk jangka masa panjang dalam dan luar negara

Siapa lu mahu tipu lah!?


Belagak Hero Tapi Tak Buat Homework
Nampak sangat si Chen tak buat homework dan tak tahu apa-apa perkembangan terkini mengenai RAPID dan pasaran minyak dunia. 

Lepas ni pergi tanya sama lu punya geng Din Pudu, Mazlan Aliman dan Er Teck Hua yang GAGAL dalam semua jentera gerakan memburukkan RAPID.


perisik: Apa yang penting 90% penduduk Pengerang setuju dan ramai antara mereka dah pun mula MENERIMA duit pampasan. 


Jadi apa yang si Chen ni cuba nak perjuangkan? 
Giler ketinggalah lu Chen!

No comments:

Post a Comment